Selasa, 14 Mac 2017

Frekuensi dan Essential Oil

Pada 1988, seorang ahli fizik German Heirich Rudolph telah menemui electro-magnetic radiation yang dikenali sebagai gelombang radio.

Frekuensi elektromagnetik ini diukur dalam unit Hertz atau "hz".

Dalam setiap molekul essential oil, terdapat frekuensi yang bergetar. Lebih besar molekulnya, lebik kompleks spektrum frekuensi tersebut dan lebih besar julatnya.

Ikatan berganda molekul essential oil bergetar sanhat laju dan diukur dalam mega-megahertz (MMhz).



Bayangkan gelang getah yang diregangkan. Ia boleh menghasilkan getaran dan bunyi. Setiap ikatan menghasilkan getaran dan bunyi berbeza. Getaran seumpama itu yang memberikan frekuensi kepada essential oil.

Dalam setiap titisan essential oil, terdapat jutaan ikatan berbeza dan setiap ikatan ini bergetar pada frekuensi berbeza.

Apakah getaran dan frekuensi berbeza ini mengakibatkan kacau bilau?

Allah telah menciptakan getaran ini berfungsi dengan keadaan harmoni.

Ketepatan getaran ini akan respon kepada satu sama lain dan menukar frekuensinya supaya koheren dan memberikan sifat "healing" kepada tubuh badan manusia.


Isnin, 13 Mac 2017

Kenapa Harga Essential Oil Berbeza Antara Jenama?



Kenapa harga Essential Oil keluaran lain ada yang lebih murah?

* Bahan mentahnya mungkin lebih murah.
* Kos pembuatannya murah.

Bagaimana kosnya dapat dikurangkan?

Jika pengurusan ladang tersebut menggunakan racun, akan ada lebih banyak tanaman yang boleh dituai dan distil.

Apabila chemical solvent digunakan semasa proses distil, lebih banyak minyak pati dapat diekstrak.

Apabila EO dicairkan (dilute) dengan carrier oil, lebih banyak botol dapat dihasilkan.

Beginilah cara essential oil dihasilkan oleh Young Living.

° 60 ribu kuntum bunga Ros diperlukan untuk menghasilkan 1 auns minyak pati Ros.

° 220 paun lavender menghasilkan 7 paun minyak pati lavender.

° Jasmin dipetik dengan tangan sebelum matahari terik pada hari pertama ia mekar dan berkembang. Jasmin merupakan antara minyak pati yang mahal apabila dijual. 8 juta kuntum Jasmin yang dipetik secara manual menghasilkan 2.2 paun minyak pati.

° Pokok sandalwood mesti berusia 30 tahun dan 30 kaki tinggi sebelum ia boleh dipotong untuk diproses.

Minyak Pati Young Living yang dibotolkan dalam botol 5ml mengandungi lebih kurang 90 titis. Botol 15ml pula mengandungi anggaran 250 titis.

Apabila digunakan, biasanya hanya perlukan 1-3 titis sahaja setiap kali.

Setiap botol boleh bertahan untuk 45 - 90 kali guna.

#yleo
#fakta

Sabtu, 11 Mac 2017

Apakah Essential Oil?





Soalan yang sering ditanya. Apakah itu essential oil?

Essential oil adalah bahagian yang paling signifikan pada tumbuhan. ia dihasilkan daripada anak pokok, bunga, pokok akar, buah, kulit, resin dan herba.

Ia merupakan minyak yang mengandungi bahan kimia yang dihasilkan daripada satu bentuk perlindungan daripada kerosakan DNA dan sel membran.

Minyak pati biasanya mengandungi lebih daripada 100 bahan organik dan asli.

Kepada tubuh manusia, ia menyokong setiap sistem dalam anggota badan. Ia menyokong sistem rangka, sistem otot, sistem pernafasan, sistem endokrin dan juga hormon.

Essential oil menyokong kesihatan otak dan berat badan yang sihat. Ia juga digunakan untuk sokongan emosi dan spiritual.

Apabila essential oil didiffuse:, ia mampu membantu menenangkan kerisauan seorang anak yang menhadapi kesulitan di sekolah. Ia juga mampu untuk menenangkan kehidupan yang lebih tenang teruatama apabila anda stress melampau di tempat kerja

Minyak pati ini boleh juga digunakan sebagai alternatif gantian kepada bahan kimia pembersihan yang kita ada di rumah.

Terdapat lebih 300 jenis minyak pati di dunia. Anda tidak perlu mendapatkan keseluruhannya. Mulakan dengan 4-5 jenis minyak pati dahulu.

Untuk menggunakan Essential Oil, anda  juga tidak perlu juga menjadi aromatherapist.

Dalam dunia aromaterapi, terdapat 3 cara untuk menggunakan Essential Oil. English school menggunakan Essential Oil dengan cara menyapukannya pada kulit. 

Sekolah French membenarkan ia diambil secara oral dan digunakan dalam masakan manakala, Sekolah German memasangkannya pada diffuser dan menghidu terus bauannya. Cara ini boleh jadi cara yang paling pantas dan efisien kerapa ia tidak perlu melalui sistem penghadaman.

Jadi, bagaimana ia memasuki kepada sistem badan kita dan berapa lamakah ia akan kekal?

Mengikut kajian dan ujian yang pernah dilakukan, minyak ini akan tiba pada jantung, hati dan tiroid dalam masa 3 saat apabila dihidu. 

Apabila ia disapu pada kulit, minyak ini sampai kepada pengaliran darah dalam masa 26 saat. 

Essential oil dinyah dari badan sepenuhnya dalam masa 3 - 6 jam pada tubuh badan yang sihat dan normal.

Gentle Baby untuk baby meragam

Gentle Baby
Pantang-pantang ni kadang-kadang tekak tidak tahan. Kadang-kadang makan juga pedas. Jadi bila degil makan juga benda yang patut hati-hati, perut anaklah jadi mangsanya.
Ada beberapa kali zayd colic. Perut kembung. Keras sahaja. Kemudian resah gelisah. Silap-silap menangis tidak mahu tidur.
Alhamdulillah setiap kali colic itu, saya sapukan Gentle Baby Essential Oil ke perutnya. Cuma sapu di perut, belakang dan tapak kaki. Dengan izin Allah, terus Zayd dapat tidur.
Gentle baby hanya boleh dibeli 2 botol sahaja setiap ahli.
****
This is a wonderful blend, designed specifically for expectant mothers and newborn babies. It is comforting, soothing, and relaxing.
It may help relieve stress during pregnancy and may even be beneficial during the birthing process.
It helps to enhance the youthful appearance of the skin and may be beneficial for men to use on chapped skin and as an aftershave.
It may also help with skin elasticity and stretch marks. Every oil in Gentle Baby is for skin regeneration and may help to prevent and retard wrinkles.
This blend is so gentle and soothing to the skin that it could possibly be used for diaper rashes (dilute at least by ½).

Berpantang Dengan Young Living Oils

Kali ni pantang memang tak beli set pantang kecuali phytonatal.
Alhamdulillah, i would say i have great experience with EO.
Flabby tummy? Still need to work out later when i am much fitter but as for now takde la teruk sangat.
I wash my hair like twice a week and lepas basuh rambut kan sejuk. Maka disapu peppermint diluted dengan vco ke kepala.
Wahh...effect berangin dan tarik angin tu memang terasa. Rambut pun tak gugur (harap-harap tidak akan gugur).
Masih lagi pakai clary sage, ylang ylang, geranium untuk stabilkan hormon.
Almaklum..kita ni dalam peralihan dari mengandung ke selepas bersalin. Hormon dalam badan masih macam-macam. Jika tak dijaga betul-betul tu yang meroyan dan letih-letih badan.
Bulan depan nak beli product penjagaan diri sahajalah. Ada sheerlume katanya kulit glowing lepas guna. Ecececeh.
Jangan jeles tau.

confinement stories.: Digize

Hujung minggu lepas saya tidur dirumah mak. Lama tak jumpa semenjak balik ke rumah sendiri 2 minggu lepas.
Malam Sabtu, adik datang bawa nasi goreng Penjara. Oleh kerana mak suruh makan, saya pun makanlah. Lagipun makan beramai-ramai kan syok.
Dalam nasi goreng itu ada jeruk cili. Sebagai orang yang masih berpantang, saya penuh insaf tidaklah makan cili jeruk tersebut.
Selepas makan saya pun masuk bilik mahu tidurkan Zayd. Ada rasa benda bergerak-gerak dalam perut. Aduh. Apa pula ni?
Makin lama makin menjadi-jadi. Semakin perit dan semakin mencucuk. Dalam hati saya berdoa janganlah bentan pula.
Tidak tahan, saya bangkit dari katil dan ambil beg minyak. Hari tersebut saya cuma bawa beg kecil. 10 minyak sahaja.
Tengok-tengok saya ada bawa DiGize. alhamdulillah. Memang itu yang saya cari. Sapu 'neat' (tanpa dilution) di perut dan belakang juga di tapak kaki. Tidak lama kemudian, angin pun keluar (dari atas dan bawah, haha).
Lega, Alhamdulillah.

toiletries

This is how much toothpaste i use everytime i brush my teeth. No need to put along the toothbrush. That and a drop of orange.
***
Other stuff in the picture.
Hanging in the blue pouch bag is thieves soap bar. Purple pouch bag is the lavender soap the kids made last weekend.
Small pump dispenser is the peppermint shampoo. The bottle next to it is the lavender mint body shower. Aromabright toothpaste tube, Orange EO on the right, and satin scrub next to it.

EO for umbilical cord stump care

EO for umbilical cord stump care
We had delay cord clamping for about 1 1/2 hours before finally cutting the cord.
Google DCC for more info on benefits of delaying it.
Then i applied frankincense on the cord stump everyday.
The cord fell off on the 5th day. No blood, no foul smell, no infection, no pus alhamdulillah.
Myrhh is also recommended but i don't have myrhh.

Jumaat, 9 Disember 2016

2nd ITOVI Scan result

This morning, i apply Surrender EO, again, because it appeared in my ITOVi scan report yesterday.

When i first did my ITOVi scan in July, the reports suggested oils that are for physical issues like wintergreen, aroma siez etc. I have to admit my physical body was in bad state during that time. I just gave birth in March. I had back pain and neck pain probably due to breastfeeding position. Slowly, with the usage of Essential Oils, exercises, proper food and sleep, my health is restored, biidhnillah.

Yesterday, i did the scanning again and suprisingly, the oils suggested were Surrender, Envision, Motivation, Transformation and Rose among others. These oils mostly provide powerful support and balance to the emotions that is necessary for me to move forward with renewed faith in the future toward achieving my dreams and goals.

Hmm, seems to me that i need to prepare myself for something better and greater next year. Inshaa Allah.

Wrapping up 2016, i am almost debt free. I need to pay the last 1k to my debtor. Business wise, Team Scentsibility  is growing steadily (and strong) Alhamdulillah.

So Gold next year? Inshaa Allah. :)

#yleoj

Selasa, 19 Julai 2016

Itovi Scan



I did the Itovi scan today, and it listed that i have 123 imbalance biopoints. Apa tu? Senang cerita, it scans for my emotional, physical frequency and tells me which part needs adjustments. 

Badan kita ni ada frekuensi tertentu dan ada bacaannya yang menentukan kita OK atau kurang OK. To put things into perspective, death begins at 25MHz. Normal brains resonates at 72MHz, geniuses at 90MHz. If your body frequency go low to 57-60MHz, you will easily fall sick. 

Maka, resultnya tadi mengatakan saya perlu guna Believe, Wintergreen (yeas, i have issues with my aching body) dan Sulfurzyme. It is good to do the scan so u know exactly what your body needs. Tak payah berteka teki dan try membabi buta ikut rasa. :))

Note: 

If u are already a member with Team Scentsibility, you can do the Itovi Scan for free in July. Contact the person who added you here to know how. 

#yleo

Selasa, 26 April 2016

Mengandung, melahirkan dan berpantang.

Essential Oils.
Mengandung, melahirkan dan berpantang.

Pantang kali ni cuma beli phytonatal dari Nona Roguy sahaja. Minyak-minyak lain guna EO yang sudah disediakan dari beberapa bulan sudah. wink emoticon
Dari awal mengandung saya bertukar kebanyakan alatan mandian dan penjagaan diri kepada campuran EO atau produk Young Living kerana alahan pada bahan-bahan kimia (berbau kuat).
Saya juga ada alahan mabuk, maka saya gunakan peppermint, lemon atau citrus fresh untuk rasa lebih selesa.. 
Oleh kerana saya tiada masalah kulit merekah, tidaklah saya sapukan EO pada badan. Tetapi jika ikut bacaan dan pengalaman, Gentle Baby bagus untuk disapu pada badan untuk kulit, 
Masuk trimester ketiga, kadangkala ada early contraction. Saya sapukan Lavender dan diffuse Peace& Calming untuk beri ketenangan. Alhamdulillah selalunya berkesan.
Untuk massage perinium boleh juga guna EO. Geranium dan lavender. Tapi saya tidak buat perinium massage. Lebih utamakan kepada kegel sahaja.
Minggu-minggu hujung, saya sudah sediakan labor blend. Campuran Clary Sage, Helichrysum, gGeranium, Ylang Ylang. Tapi saya cuma apply apabila labor bermula.
Selepas bersalin saya sapukan Frankincense pada ubun-ubun anak dan tali pusat.
Clary sage/helichrysum/geranium pada abdomen untuk sokong uterus terutama apabila rengat melanda.
Cypress/lavender/aroma life/vco dan witch hazel untuk ketidakselesaan semasa buang air. (Sangat horror, tetapi Allah beri saya intact perinium alhamdulillah).
Bath sitz saya gunakan epsom salt dan lavender/aroma life.
Ada kala gentle baby semasa massage anak waktu pagi. Tetapi sekali sekala sahaja.
Untuk badan saya supaya kekal hangat, saya sapukan ginger/lemongrass/thieves.
Kadang-kadang sakit belakang kerana posisi penyusuan yang tak berapa betul disebabkan kesukaran duduk akibat buasir, saya sapukan Deep Relief.
Selepas bersihkan pilis di dahi pada waktu petang, saya sapukan peppermint di temple dan bahu. Sebelum bengkung sapukan clary sage untuk kecutkan rahim. Nanti nak sapukan Juvacleanse dan Grapefruit untuk buncit. Hehe.
Musim panas ni, saya bancuhkan Ningxia Red dengan air biasa dan minum sedikit-sedikit throughout the day.
Alhamdulillah. So far semua baik-baik belaka. Susu banyak. Anak tidak meragam. Kepala tidak sakit. Rengat hilang hari keempat. Tiada lagi darah beku dan berketul. Rahim sudah kecut. Buasir sudah surut. Bersyukur amat kepada Allah Azza wa Jalla atas nikmat kesihatan ini.
Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Mahu set berpantang anda sendiri?

Klik SINI

Jumaat, 27 November 2015

Lavender untuk legakan batuk?

Minggu lepas selepas balik dari Seminar di Bangi, saya diserang batuk dan selsema. Letih sangat agaknya. Baru dalam dua hari ini selsema reda.
Namun batuknya jadi lain pula. Jarang-jarang batuk tetapi bila bermula ia tidak boleh berhenti. Selalunya terkena semasa naik kereta dan juga dalam bilik beraircond. Sakit juga dada (dan perut) apabila batuk.
Ada masa penyakit M hendak diffuse dan sapu EO datang. Jadi saya mahu cara mudah. Teringatkan satu status FB yang dibaca dari Dr. kader tentang lavender untuk batuk.

Perkongsian bersama Dr. Kader Hussein mengenai Essential Oil.
Disclaimer : Ini adalah nota daripada pertemuan saya dengan beliau semalam dan dibenarkan untuk dikongsi bersama. Ini juga bukan tujuan untuk mempromosi brand yang saya guna, ia hanya kebetulan dan persamaan antara kami dan brand yang ini sahaja yang dimaksudkan di dalam status ini. Untuk brand lain, sila rujuk pengeluar atau pengedar masing2.
Penggunaan Young Living Lavender Essential Oil Bagi Tujuan Meredakan Batuk, Selsema Dan Demam
1) Titiskan 1 titik Lavender YLeo di dalam 1 sudu teh madu dan telan (Lavender YLeo selamat untuk dimakan)
2) Titiskan 1 titik Lavender YLeo pada bahagian dada, belakang tengkuk dan belakang dada dan sapu rata.
Kedua-dua saranan ini saya terima daripada beliau untuk membantu Ranea, anak perempuan saya yang berusia 1 tahun 1 bulan. Saranan Dr. Kader adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman beliau menggunakan YL Essential Oil dan menggalakkan penggunaannya untuk terapi semulajadi membantu merawat penyakit.
Bertanya pada yang ahli. Siapa tak kenal Dr. Kader, beliau adalah seorang doktor yang merawat dengan kaedah integratif. Sila google.
 sharing is caring.


Hmm..saya pun capailah Tranquil Roll On. Mudah sapu tidak perlu dilute lagi. Lagipun memang sudah ada dalam beg saya.
Alhamdulillah, bila batuk dan saya sapu Tranquil lega sedikit rasanya. Saya pun cari-cari juga apa ada dalam Tranquil. Bahan-bahannya ialah cedarwood, roman chamomile dan lavender. Yang saya tahu minyak pati ini semuanya untuk 'calming'.
Kemudian saya cari pula pada EO Guide, dan buat carian coughs. Rupanya memang roman chamomile, cedarwood dan lavender ada tersenarai dalam minyak pati yang boleh digunakan untuk batuk.
Seronoknya. Makin mudah kerja saya.
Tapi malam ini tetap juga kena diffuse Thieves dan RC. Semoga segera diberi kesembuhan. Doakan ya!

Rabu, 25 November 2015

Resepi DIY Spray Deodorant Minyak Essential

Apakah anda masih menggunakan deodorant komersil?

Apakah anda tahu apa kandungan deodorant komersil yang anda gunakan?

Kebanyakan deodorant yang ada dipasaran mempunyai kandungan aluminium. Aluminium digunakan untuk menghalang perpeluhan dan seterusnya menghilangkan bau busuk yang sangat kita takuti.

Tetapi apabila kita menggunakan aluminium terlalu banyak di badan kita, ia akan mengakibatkan terkumpulnya toksin dalam badan dan seterusnya menjadi punca masalah yang lebih besar daripada masalah bau badan.

Ini resepi deodorant spray (pewangi ketiak) yang saya gunakan dirumah.

Resepinya mudah sahaja. Tidak sukar dibuat dan ia boleh membantu mengatasi masalah bau badan.




Bahan-bahannya:-

Botol spray kaca 2 auns

Unscented witch hazel

Glycerin / aloe vera gel

Minyak Pati Young Living




Caranya:-

Isikan witch hazel sehingga separuh botol.

Titiskan 10 titik minyak pati (essential oil) pilihan anda. Yang terbaik untuk bauan ialah Purification. Untuk bauan lain, saya gunakan Lavender/Joy. Anda boleh juga menukar minyak setiap kali anda membuat batch baru.

Tambahkan dengan sedikit (1 sudu) aloe vera gel atau glycerin.

Penuhkan dengan distilled water.

Goncang setiap kali sebelum digunakan.


Oleh kerana kita sudah lama menggunakan bahan komersil berkimia, badan kita mengambil masa untuk membuang toksik dalam badan. Diawal penggunaan, anda mungkin akan rasa bau badan anda sangat ketara (bukan bau busuk, cuma bau badan semulajadi).

Bertabahlah dan kekalkan penggunaan sehingga 2 minggu, Inshaa Allah selepas itu keadaaan akan jadi lebih baik.

Gunakan sekerap yang anda perlukan. :)