Thursday, November 26, 2015

Lavender untuk legakan batuk?

Minggu lepas selepas balik dari Seminar di Bangi, saya diserang batuk dan selsema. Letih sangat agaknya. Baru dalam dua hari ini selsema reda.
Namun batuknya jadi lain pula. Jarang-jarang batuk tetapi bila bermula ia tidak boleh berhenti. Selalunya terkena semasa naik kereta dan juga dalam bilik beraircond. Sakit juga dada (dan perut) apabila batuk.
Ada masa penyakit M hendak diffuse dan sapu EO datang. Jadi saya mahu cara mudah. Teringatkan satu status FB yang dibaca dari Dr. kader tentang lavender untuk batuk.

Perkongsian bersama Dr. Kader Hussein mengenai Essential Oil.
Disclaimer : Ini adalah nota daripada pertemuan saya dengan beliau semalam dan dibenarkan untuk dikongsi bersama. Ini juga bukan tujuan untuk mempromosi brand yang saya guna, ia hanya kebetulan dan persamaan antara kami dan brand yang ini sahaja yang dimaksudkan di dalam status ini. Untuk brand lain, sila rujuk pengeluar atau pengedar masing2.
Penggunaan Young Living Lavender Essential Oil Bagi Tujuan Meredakan Batuk, Selsema Dan Demam
1) Titiskan 1 titik Lavender YLeo di dalam 1 sudu teh madu dan telan (Lavender YLeo selamat untuk dimakan)
2) Titiskan 1 titik Lavender YLeo pada bahagian dada, belakang tengkuk dan belakang dada dan sapu rata.
Kedua-dua saranan ini saya terima daripada beliau untuk membantu Ranea, anak perempuan saya yang berusia 1 tahun 1 bulan. Saranan Dr. Kader adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman beliau menggunakan YL Essential Oil dan menggalakkan penggunaannya untuk terapi semulajadi membantu merawat penyakit.
Bertanya pada yang ahli. Siapa tak kenal Dr. Kader, beliau adalah seorang doktor yang merawat dengan kaedah integratif. Sila google.
 sharing is caring.


Hmm..saya pun capailah Tranquil Roll On. Mudah sapu tidak perlu dilute lagi. Lagipun memang sudah ada dalam beg saya.
Alhamdulillah, bila batuk dan saya sapu Tranquil lega sedikit rasanya. Saya pun cari-cari juga apa ada dalam Tranquil. Bahan-bahannya ialah cedarwood, roman chamomile dan lavender. Yang saya tahu minyak pati ini semuanya untuk 'calming'.
Kemudian saya cari pula pada EO Guide, dan buat carian coughs. Rupanya memang roman chamomile, cedarwood dan lavender ada tersenarai dalam minyak pati yang boleh digunakan untuk batuk.
Seronoknya. Makin mudah kerja saya.
Tapi malam ini tetap juga kena diffuse Thieves dan RC. Semoga segera diberi kesembuhan. Doakan ya!

No comments:

Post a Comment