Memaparkan catatan dengan label cedarwood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cedarwood. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2018

rambut kusut

I dont know why but it's always hard to tame her tangled hair. Her hair is thicker than anyone in the family too.
Plus she takes her bath on her own now. So nak shampookan susah. And i think apart of her hair issue, the way she shampoos her hair contributes to her tangled hair.
Found some recipes to untangle the hair. The easiest would be just massaging her hair with cedarwood an rosemary.
We can also make a hair spray by adding witch hazel and distilled water to the oils.
If u are experiencing baldness or hairloss, add lavender to the mixture.
Apply 1–2 drops of oil to hands, and massage into hair and scalp before bath or shower; then shampoo and rinse hair as normal. Add 1–2 drops of oil to 2 Tbs. of an unscented shampoo or shower gel, and use to shampoo hair.
Good luck!

Khamis, 16 November 2017

Minyak Pati untuk Tidur Lena



Apakah anda mengalami masalah sukar tidur?

Atau anda mengalami stress?

Atau keletihan, kulit gatal-gatal, rasa mudah marah?

Apakah anda tahu, semua ini adalah satu kitaran masalah. Inshaa Allah, salah satu cara untuk mengubati masalah ini adalah melalui tidur. Bukan sebarang tidur. Tidur nyenyak dan lena. 

Tidur mengaktifkan pemulihan organ dan sistem imun.

Penyakit dan disease dilawan serta dirawat oleh sistem imun pada tahap tidur nyenyak (deep sleep).
Lebih nyenyak tidur, lebih lama masa yang diambil oleh badan kita daripada terjaga.

Tidur yang mendalam dan nyenyak membolehkan tubuh anda cukup masa untuk menambah nutrien, menyembuhkan gangguan badan dan memperbaiki masalah dalaman.

Essential oil boleh membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.

Bak kata kawan saya, “Sesiapa yang ada luxury untuk tidur awal , silalah guna kesempatan ini sebaiknya.”

Kata kawan lain pula, tidur yang berkualiti bermula selewatnya jam 11 malam sehingga jam 2 pagi.”

Ah lupa, harga runcit setiap satu EO supaya tidak tertanya-tanya semasa saya tidur nanti.

Lavender RM148.68
Cedarwood RM71.05
Vetiver RM131.58
Peace and Calming RM219.74
Stress Away RM186.84

Harga ahli pula lain ya.


Jumaat, 27 November 2015

Lavender untuk legakan batuk?

Minggu lepas selepas balik dari Seminar di Bangi, saya diserang batuk dan selsema. Letih sangat agaknya. Baru dalam dua hari ini selsema reda.
Namun batuknya jadi lain pula. Jarang-jarang batuk tetapi bila bermula ia tidak boleh berhenti. Selalunya terkena semasa naik kereta dan juga dalam bilik beraircond. Sakit juga dada (dan perut) apabila batuk.
Ada masa penyakit M hendak diffuse dan sapu EO datang. Jadi saya mahu cara mudah. Teringatkan satu status FB yang dibaca dari Dr. kader tentang lavender untuk batuk.

Perkongsian bersama Dr. Kader Hussein mengenai Essential Oil.
Disclaimer : Ini adalah nota daripada pertemuan saya dengan beliau semalam dan dibenarkan untuk dikongsi bersama. Ini juga bukan tujuan untuk mempromosi brand yang saya guna, ia hanya kebetulan dan persamaan antara kami dan brand yang ini sahaja yang dimaksudkan di dalam status ini. Untuk brand lain, sila rujuk pengeluar atau pengedar masing2.
Penggunaan Young Living Lavender Essential Oil Bagi Tujuan Meredakan Batuk, Selsema Dan Demam
1) Titiskan 1 titik Lavender YLeo di dalam 1 sudu teh madu dan telan (Lavender YLeo selamat untuk dimakan)
2) Titiskan 1 titik Lavender YLeo pada bahagian dada, belakang tengkuk dan belakang dada dan sapu rata.
Kedua-dua saranan ini saya terima daripada beliau untuk membantu Ranea, anak perempuan saya yang berusia 1 tahun 1 bulan. Saranan Dr. Kader adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman beliau menggunakan YL Essential Oil dan menggalakkan penggunaannya untuk terapi semulajadi membantu merawat penyakit.
Bertanya pada yang ahli. Siapa tak kenal Dr. Kader, beliau adalah seorang doktor yang merawat dengan kaedah integratif. Sila google.
 sharing is caring.


Hmm..saya pun capailah Tranquil Roll On. Mudah sapu tidak perlu dilute lagi. Lagipun memang sudah ada dalam beg saya.
Alhamdulillah, bila batuk dan saya sapu Tranquil lega sedikit rasanya. Saya pun cari-cari juga apa ada dalam Tranquil. Bahan-bahannya ialah cedarwood, roman chamomile dan lavender. Yang saya tahu minyak pati ini semuanya untuk 'calming'.
Kemudian saya cari pula pada EO Guide, dan buat carian coughs. Rupanya memang roman chamomile, cedarwood dan lavender ada tersenarai dalam minyak pati yang boleh digunakan untuk batuk.
Seronoknya. Makin mudah kerja saya.
Tapi malam ini tetap juga kena diffuse Thieves dan RC. Semoga segera diberi kesembuhan. Doakan ya!