Apakah anda tahu apa kandungan deodorant komersil yang anda gunakan?
Kebanyakan deodorant yang ada dipasaran mempunyai kandungan aluminium. Aluminium digunakan untuk menghalang perpeluhan dan seterusnya menghilangkan bau busuk yang sangat kita takuti.
Tetapi apabila kita menggunakan aluminium terlalu banyak di badan kita, ia akan mengakibatkan terkumpulnya toksin dalam badan dan seterusnya menjadi punca masalah yang lebih besar daripada masalah bau badan.
Ini resepi deodorant spray (pewangi ketiak) yang saya gunakan dirumah.
Resepinya mudah sahaja. Tidak sukar dibuat dan ia boleh membantu mengatasi masalah bau badan.
Bahan-bahannya:-
Botol spray kaca 2 auns
Unscented witch hazel
Glycerin / aloe vera gel
Minyak Pati Young Living
Caranya:-
Isikan witch hazel sehingga separuh botol.
Titiskan 10 titik minyak pati (essential oil) pilihan anda. Yang terbaik untuk bauan ialah Purification. Untuk bauan lain, saya gunakan Lavender/Joy. Anda boleh juga menukar minyak setiap kali anda membuat batch baru.
Tambahkan dengan sedikit (1 sudu) aloe vera gel atau glycerin.
Penuhkan dengan distilled water.
Goncang setiap kali sebelum digunakan.
Oleh kerana kita sudah lama menggunakan bahan komersil berkimia, badan kita mengambil masa untuk membuang toksik dalam badan. Diawal penggunaan, anda mungkin akan rasa bau badan anda sangat ketara (bukan bau busuk, cuma bau badan semulajadi).
Bertabahlah dan kekalkan penggunaan sehingga 2 minggu, Inshaa Allah selepas itu keadaaan akan jadi lebih baik.
Gunakan sekerap yang anda perlukan. :)
mohon share ye , tq
BalasPadamhttps://homegardenprice.blogspot.com/2020/02/200mroll-34-20mm-drip-spray-tape.html?showComment=1589011541843#c5611299613750019003
BalasPadam