Khamis, 22 November 2018

Wolfberry Organik


WOLFBERRY ORGANIK

Wolfberry juga dikenali sebagai goji beri sudah sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia.
Wolfberry digunakan dalam bentuk puree oleh Young Living dalam rangkaian produk Ningxia.
Wolfberry atau nama saintifiknya Lycium Barbarum banyak ditanam di pelbagai lokasi, namun wolfberry yang berkualiti tinggi ditanam di Wilayah Autonomi Ningxia di China Utara.

MENGENALI WOLFBERRY

Ia tergolong dalam keluarga Solanaceae. Berinya adalah berbentuk fusiform atau berbentuk bujur dengan panjang antara 6-20 mm dan diameter 3-10 mm.
Beri merah jingga atau gelap mempunyai parut stylar kecil yang menonjol dari bahagian atas, dan kulit meruncing.
Pulpanya berisi dan lembut dengan rasa pahit dan manis. Ia dimakan mentah, dimakan dalam bentuk jus atau ditambah kepada teh atau wain.
Buah ini juga diproses untuk membuat tinctures, serbuk, dan tablet. Selain itu, ia digunakan sebagai makanan dan ubat perubatan di Asia Timur.
Wolfberry telah digunakan di China lebih dari 2,000 tahun sebagai herba perubatan tradisional dan juga makanan tambahan.

NUTRIEN DAN ANTIOKSIDA

Ia mengandungi Lycium barbarum polysaccharides (LBPs), betaine, phenolics, carotenoids (zeaxanthin dan β-carotene), cerebroside, 2-O-β-d-glucopyranosyl-l-ascorbic acid (AA-2βG), β-sitosterol, flavonoids dan vitamin (riboflavin, thiamine, dan ascorbic acid).

Salah satu komponen fungsian Lycium barbarum polysaccharides (LBP) adalah asid amino semulajadi. LBP adalah berguna untuk menangkis oxidative stress dan pelbagai faktor memudaratkan lain yang berkaitan dengan penuaan.

LBP boleh meningkatkan kandungan enzim antioksidan dan mengurangkan kandungan MDA, seterusnya dapat melindungi tisu dari serangan oksidan dan radikal bebas, dengan itu memberikan kesan anti-penuaan.

Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa LBP dalam Wolfberry boleh membantu menyokong sistem imun yang mungkin terjejas oleh reaksi oxidative stress.

Baca lagi mengenai anti oksidan dan oxidative stress di SINI

Bacaan lanjut mengenai kajian yang saya rujuk boleh didapati dari link ini:-

Rabu, 21 November 2018

Anti Oksidan dan impaknya kepada Oxidative Stress



Dalam kehidupan masa kini, kita sentiasa akan terdedah kepada beberapa toksin dan tekanan.

Maka, cara lain untuk mengurangkan oxidative stress ialah dengan meningkatkan anti-oksidan .

Saama ada dengan membantu tubuh anda menghasilkan lebih banyak anti oksidan atau dengan mendapatkannya daripada makanan atau makanan tambahan*.

Molekul anti oksidan akan mengikat radikal bebas dan  mengurangkan bahaya radikal bebas yang berpotensi merosakkan DNA. Apabila radikal bebas terikat dengan antioksidan, radikal bebas ini tidak dapat lagi mengikat atau mencuri elektron dari sel-sel lain.

Berikut adalah tiga langkah terakhir yang boleh anda ambil untuk memerangi tekanan oksidatif. Ini adalah cara untuk meningkatkan anti-oksidan dalam sistem anda:-

Langkah 1: Menggalakkan pengeluaran anti-oksida

Salah satu antioksidan yang paling kuat ialah glutation yang dihasilkan oleh badan.

Ia diperbuat daripada tiga asid amino - glysin, glutamate, dan cysteine - serta sulfur.

Anda juga boleh menyokong badan anda untuk menghasilkan lebih banyak glutathione dengan memakan makanan yang tinggi dalam sulfur seperti bawang putih dan bawang.

Langkah 2: Makan makanan yang tinggi anti oksidan
Langkah 3: Mengambil herba yang tinggi anti oksidan. 
Makanan yang kaya Vitamins C dan E, Zinc, Magnesium, Vitamin D diketahui dapat meningkatkan penghasilan glutatione.

Walau bagaimanapun, terdapat juga supplemen yang mengandungi glutathione sebenar tetapi ia tidak diserap dengan baik melalui saluran penghadaman

Adalah penting untuk memilih produk yang mempunyai ciri sustained release dan bukan GMO untuk meningkatkan penyerapan glutathione oleh tubuh kita.

Mengurangkan Oxidative Stress



Cara Mengurangi Oxidative Stress

Ada dua cara untuk mengurangi stres oksidatif.

Cara yang pertama ialah mengurangkan pendedahan pengoksidaaan yang tidak perlu.

Oksidasi meningkat ketika kita terkena stres, racun dan infeksi.

Gula dan bahan kimia juga merupakan faktor oksidasi meningkat. Adalah lebih baik jika anda dapat meminimalkan pendedahkan terhadap faktor-faktor tersebut.

Berikut adalah empat langkah yang dapat boleh dilakukan untuk mengurangkan oksidasi yang tidak perlu dalam tubuh;-


Langkah 1: Hindari gula dan makanan terproses serta cuba untuk seimbangkan kadar gula dalam darah.

Apabila badan perlu memproses gula, ia akan menghasilkan pengoksidaan. Semakin banyak gula dimakan, semakin banyak pengoksidaan.

Makanan yang diproses sering mengandungi gula dan / atau bahan kimia lain yang juga mengakibatkan pengoksidaan.

Imbangi gula dalam darah anda dengan makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil, namun kerap.

Langkah 2: Mencegah jangkitan

Apabila sistem imun melawan jangkitan, ia akan menghasilkan pengoksidaan.  Apabila anda sakit, anda akan berasa letih kerana banyak tenaga digunakan untuk proses itu.

Langkah 3: Berikan waktu untuk pemulihan stres harian

Set masa untuk istirahat bagi memberi kesempatan pada tubuh anda untuk pulih. Kerehatan ini boleh didapati dengan cara bersenam, menikmati alam, bersiar-siar, berbual-bual dengan rakan, menulis jurnal, meditasi dan membaca Al-Quran. 

Langkah 4: Elakkan toksin

Pilih makanan organik dan elakkan rokok, lilin, salun rambut dan kuku, permaidani, asap ekzos dan plastik. 

Semak produk penjagaan diri dan pembersihan anda untuk meneliti bahan yang digunakan dan gantikannya dengan alternatif yang tidak toksik.

#notaLyciumBarbarum

Selasa, 20 November 2018

Apa Kesan Oxidative Stress?



Pengoksidaan berlaku di bawah beberapa keadaan termasuk:

1. Apabila sel-sel kita menggunakan glukosa untuk membuat tenaga;

2. Apabila sistem imun melawan bakteria dan mewujudkan keradangan

3. Apabila badan kita menyahtoksifikasi pencemaran, racun perosak, dan asap rokok

Terdapat berjuta-juta proses lain yang berlaku di dalam badan kita  yang boleh mengakibatkan pengoksidaan.

Ia juga bertambah apabila kita ditekankan secara fizikal dan / atau emosi.

Jadi kenapakah oksidatif stress ini menjadi satu masalah kepada kita?

Oxidative stress boleh menyebabkan kerosakan asas kepada sel. ia juga boleh mengubah untaian DNA.

Ia akan menyebabkan penuaan, rambut kelabu, kedut, arthritis, penglihatan mata yang menurun, dan juga kanser.

#notalyciumBarbarum

Oxidative Stress (Tekanan Oksidatif)



Oxidative Stress

Apakah oxidative stress?

Tekanan oksidatif, ditakrifkan sebagai gangguan dalam keseimbangan antara radikal bebas dan pertahanan antioksidan.

Proses pengoksidaan berlaku apabila tubuh kita memetabolisme (atau memproses) oksigen yang kita sedut dan sel kita menghasilkan tenaga daripadanya. 

Proses ini juga menghasilkan radikal bebas. 

Radikal Bebas

Radikal bebas adalah molekul dengan elektron yang tidak berpasangan.

Molekul ini akan berinteraksi dengan molekul-molekul dalam sel-sel kita. Kemudian ia mencuri elektron dari sel-sel ini.

Kecurian ini mengakibatkan kerosakan (atau tekanan) kepada sel-sel berdekatan, mitokondria, dan DNA.

Apakah radikal bebas diperlukan?
Radikal bebas adalah normal dan kewujudannya diperlukan.

Selain menyebabkan kerosakan, radikal bebas juga sebenarnya merangsang pembaikan. 

Walau bagaimanapun, apabila begitu banyak radikal bebas dihasilkan sehingga mengatasi proses pembaikan, ia menjadi masalah.

Itulah yang kita sebut tekanan oksidatif.

Teori radikal bebas dan penuaan



Teori radikal bebas dan penuaan

Dalam evolusi jangka panjang suatu organisme, radikal bebas dalam tubuh berada pada keadaan keseimbangan, mempunyai reaktiviti kimia yang tinggi, dan menyebabkan lipid peroxidation.

Lipid Peroxidation: Ia adalah proses di mana radikal bebas "mencuri" elektron daripada lipid dalam membran sel.

Ia membawa kepada denaturasi (penyahaslian) asid nukleik, protein, dan komponen makromolekul lain.

Ia mengakibatkan perubahan dan pemusnahan struktur sel, akhirnya menyebabkan penuaan dan penyakit.

Ahad, 18 November 2018

Perladangan Tumbuhan Secara Organik




Perladangan Tumbuhan Secara Organik
Kunci utama untuk penghasilan essential oil yang mempunyai kualiti teraputik bermula dari penanaman yang betul di ladang.

1️⃣ tumbuhan perlu ditanam di ladang yang tidak dicemari oleh baja dan racun kimia keras. Ia perlu ditanam jauh dari loji nuklear, kilang, lebuhraya serta kawasan berpenduduk padat, jika boleh.

2️⃣ Tanahnya perlu dipupuk dengan enzim, mineral dan bahan organik sahaja. Kandungan mineral pada fanah menentukan perkembangan yang baik kepada tumbuhan dan memberikan hasil essential oil yang lebih berkualiti.

3️⃣ Tanah dan tanaman perlu diairkan dengan baik oleh sumber air yang bagus seperti air dari gunung kerana ketulenan dan lebih tinggi kandungan mineral.

4️⃣ Jenis tanaman berbeza menghasilkan kualiti essential oil berbeza. Hanya tanam menggunakan benih yang terbaik dan berkualiti. Biasanya ia dipilih dari kumpulan tanaman musim sebelumnya.

5️⃣ Waktu untuk menuai memberi kesan penting dan berimpak tinggi kepada penghasilan essential oil. Contohnya, German Chamomile dituai pada waktu pagi akan menghasilkan lebih banyak azulene (kompaun anti-inflammatori yang kuat) berbanding chamomile yang dituai pada waktu petang.

6️⃣ Faktor lain yang diambilkira adalah kuantiti embun pada daun, peratusan tumbuhan yang sedang mekar berkembang dan keadaan cuaca sepanjang 2 minggu sebelum penuaian.

7️⃣ Untuk mengelakkan tumbuhan dari kering sebelum disuling, lokasi kilang penyulingan perlulah hampir dengan ladang.

Pergerakan penghantaran yang jauh dan mengambil masa yang lama meningkatkan risiko pendedahan kepada pencemaran, habuk, kulat dan sisa petrokimia.

Essential Oil dan Pengekstrakan



Essential Oil dan Pengekstrakan

Pengestrakan adalah cara untuk mendapatkan essential oil dari tumbuhan.
Terdapat beberapa cara mengekstrak essential oil.

Pengekstrakan yang digunakan untuk mendapat essential oil berkualiti tinggi adalah melalui cara penyulingan stim dan cold press.

Penyulingan stim sendiri pun terdiri dari 3 proses:-

1. Menggunakan air dimana bahan mentah (tumbuhan) diletakkan dalam air yang mendidih. Stim dan minyak yang terhasil dikumpul dan kemudian diasingkan.
Beginilah caranya Clove Essential Oil disuling.

2. Kombinasi kaedah air/stim.
Air yang mendidih dan stim dilalukan terus kepada bahan mentah (tumbuhan).
Beginilah caranya Nutmeg Essential Oil disuling.

3. Stim langsung.
Stim dilalukan melalui sumber mentah (tumbuhan) untuk membawa sekali essential oil yang terhasil.
Beginilah cara penyulingan Lavender.

Dalam setiap proses, apabila stim terhasil, ia memecahkan membran minyak pada tumbuhan dan melepaskan essential oil.

Stim ini akan membawa bersama molekul essential oil yang seni ke kondenser. Disinilah campuran minyak dan stim akan terkondensasi dan pemeluwapan berlaku (gas menjadi cecair semula).

Essential oil sifatnya kurang tumpat daripada air. Maka ia terapung pada lapisan atas air.

Campuran ini dihantar ke pemisah. Air dan minyak dipisahkan untuk mengumpul essential oil. Baki air itu adalah hidrosol atau floral water.

Baca nota seterusnya dalam Kelas Asas EO 6th Scents.