Sabtu, 11 Mac 2017

confinement stories.: Digize

Hujung minggu lepas saya tidur dirumah mak. Lama tak jumpa semenjak balik ke rumah sendiri 2 minggu lepas.
Malam Sabtu, adik datang bawa nasi goreng Penjara. Oleh kerana mak suruh makan, saya pun makanlah. Lagipun makan beramai-ramai kan syok.
Dalam nasi goreng itu ada jeruk cili. Sebagai orang yang masih berpantang, saya penuh insaf tidaklah makan cili jeruk tersebut.
Selepas makan saya pun masuk bilik mahu tidurkan Zayd. Ada rasa benda bergerak-gerak dalam perut. Aduh. Apa pula ni?
Makin lama makin menjadi-jadi. Semakin perit dan semakin mencucuk. Dalam hati saya berdoa janganlah bentan pula.
Tidak tahan, saya bangkit dari katil dan ambil beg minyak. Hari tersebut saya cuma bawa beg kecil. 10 minyak sahaja.
Tengok-tengok saya ada bawa DiGize. alhamdulillah. Memang itu yang saya cari. Sapu 'neat' (tanpa dilution) di perut dan belakang juga di tapak kaki. Tidak lama kemudian, angin pun keluar (dari atas dan bawah, haha).
Lega, Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan