Friday, March 10, 2017

Apakah Essential Oil?




Soalan yang sering ditanya. Apakah itu essential oil?

Essential oil adalah bahagian yang paling signifikan pada tumbuhan. ia dihasilkan daripada anak pokok, bunga, pokok akar, buah, kulit, resin dan herba.

Minyak pati biasanya mengandungi lebih daripada 100 bahan oraganik dan asli.

Kepada tubuh manusia, ia menyokong setiap sistem dalam anggota badan. Ia menyokong sistem rangka, sistem otot, sistem pernafasan, sistem endokrin dan juga hormon.

Essential oil menyokong kesihatan otak dan berat badan yang sihat. Ia juga digunakan untuk sokongan emosi dan spiritual.



Apabila essential oil didiffuse:, ia mampu membantu menenangkan kerisauan seorang anak yang menhadapi kesulitan di sekolah. Ia juga mampu untuk menenangkan kehidupan yang lebih tenang teruatama apabila anda stress melampau di tempat kerja

Minyak pati ini boleh juga digunakan sebagai alternatif gantian kepada bahan kimia pembersihan yang kita ada di rumah.

Terdapat lebih 300 jenis minyak payi di dunia. Anda tidak perlu mendapatkan keseluruhannya. Mulakan dengan 4-5 jenis minyak pati dahulu.

Untuk menggunakan Essential Oil, anda  juga tidak perlu juga menjadi aromatherapist.

Dalam dunia aromaterapi, terdapat 3 cara untuk menggunakan Essential Oil. English school menggunakan Essential Oil dengan cara menyapukannya pada kulit. 

Sekolah French membenarkan ia diambil secara oral dan digunakan dalam masakan manakala, Sekolah German memasangkannya pada diffuser dan menghidu terus bauannya. Cara ini boleh jadi cara yang paling pantas dan efisien kerapa ia tidak perlu melalui sistem penghadaman.

Jadi, bagaimana ia memasuki kepada sistem badan kita dan berapa lamakah ia akan kekal?

Mengikut kajian dan ujian yang pernah dilakukan, minyak ini akan tiba pada jantung, hati dan tiroid dalam masa 3 saat apabila dihidu. 

Apabila ia disapu pada kulit, minyak ini sampai kepada pengaliran darah dalam masa 26 saat. 

Essential oil dinyah dari badan sepenuhnya dalam masa 3 - 6 jam pada tubuh badan yang sihat dan normal.

4 comments: