Selasa, 11 September 2018

5 ladang korporat Young Living yang pernah saya lawati


Sambil masak asam pedas daging, saya browse gambar-gambar lama dalam photo album di handphone ini. Terjumpa gambar saya di St. Maries Farm di Idaho. Nah, 5 ladang korporat Young Living yang pernah saya lawati

1. St. Maries Farm di Idaho, US


Pada 1992, Gary memulakan usaha mengerjakan tanah di St. Maries Farm.
Tanah ini sudah tidak dikerjakan selama 50 tahun. Tidak pernah diletakkan bahan kimia keras kepadanya.
PHnya adalah 4.5.
Gary mengambil masa 10 hari untuk membajak tanah ini dengan menggunakan traktor berkuasa 250 hp.
Usaha memecahkan dan meratakan tanah dibuat 2 kali semasa musim panas dan dua kali semasa musim bunga pada 1993 sebelum penanaman dimulakan.

2. Ladang Lavender di Simiane-La-Rotonde, Perancis



Pada 1996, Jean-Noel Lander dan Gary menjumpai kawasan yang sesuai untuk ladangnya di Simiane-La-Rotonde.
Ladang itu sudahpun ditanam dengan Lavender dan tidak pernah dibaja dengan bahan kimia kerasa dan diletakkan racun serangga. Maka sesuai sekali dengan nilai Seed to Sealnya.
Ladang ini seluas 55 hektar dan berhampiran dengan istana lama kurun ke-12 yang dinamakan Chateau des Agoult.
Peladang sekitar kawasan itu agak skeptikal dengan Gary terutamanya apabila Gary mengatakan ingin membawa pulang benih Lavender dari St. Maries yang asalnya daripada Perancis juga.
Kemudian, virus yang tidak diketahui merosakkan tanaman Lavender. Disamping itu, keadaan tanah yang rosak dengan baja dan racun serangga menyebabkan tanaman Lavender yang terhasil kering.
Ditambah pula dengan kemarau panjang menyebabkan hasil Lavender di Simiane semakin teruk.
Pada 2010, Gary berjaya juga membawa pulang semula benih Lavender ke Simiane-La-Rotonde dan paling mengkagumkan, itu sahajalah Lavender yang berkembang penuh di sekitar Provonve pada ketika itu.
Lavendula Angustifolia yang ditanam di Simiane-La-Rotonde itu kini adalah ladang Lavender asli terbesar di dunia.

3. HIghlands Flat Tree Farm



Saya juga berkesempatan melawat Highlands Flat Tree Farm di Naples semasa ke US baru-baru ini.

Kisahnya bermula apabila Gary terserempak dengan pembalak yang hendak membakar pokok-pokok Krismas kerana ia terlalu besar untuk dijual. 

Gary memberitahu mereka bahawa beliau mahu mengambil pokok-pokok ini dan sebagai imbal balik, Gary akan membersihkan kawasan pembalakan mereka untuk penanaman semula.

Selepas distillasi pertama, Gary mendapati beliau menemui sesuatu yang sangat berharga.

Penyulingan minyak pati Pokok balsam ini, secara semulajadi lebih baik dan berkualiti sewaktu musim sejuk. Semasa musim panas, minyak patinya dihantar dahan untuk mengelakkan daripada beku.

Pada musim panas pula, minyak pati ini dihantar ke akar kerana pokok tidak memerlukan perlindungan.

Oleh yang demikian, pokok-pokok balsam fir ini paling bagus diproses semasa musim sejuk.

Pada 1999, Gary membeli ladang ini melalui lelongan kawasan ini adalah seluas 120 ekar keseluruhannya.

Selain Balsam Fir, tumbuhan lain yang didapati dikawasan ini adalah Cedar, Tamarack, Pine dan Blue Spruce.

Kos operasi di ladang ini sangat tinggi dan Gary bercadang untuk menanam pokok-pokok ini di St. Msaries. Namun keadaan tanah di sana tidak kondusif bagi tujuan tersebut.

Pada Januari 2014, Distilleri telah dibina disini dan yang menariknya, distilleri ini adalah dikawal sepenuhnya dengan komputer. 

4. Northern Light Farm di Fort Nelson, British Colombia



Ini ladang ke-5 dalam siri pos saya dan ini adalah ladang yang istimewa.

Ia terletak di Fort Nelson, Canada dan ceritanya bermula begini. 

Pada 2012, Young Living berkembang dengan pesat. Sumber bahan mentah yang diperlukan berkurangan secara umum. Jarak antara punca sumber ke pusat distillasi adalah 12 batu dan jarak tersebut melambatkan proses mengikut standard kualiti mereka.

Black Spruce pula hanya tumbuh dikawasan yang sangat sejuk dan kawasan tersebut jauh dari kawasan industri. Mahu tidak mahu, satu cara untuk mendapatkan Black Spruce adalah dengan menanamnya.

Pada bulan Julai 2014, Gary memperoleh sebuah ladang yang dara dan sangat sesuai untuk penanaman Black Spruce serta pembinaan pusat distillasi.

Beliau juga menemui bahawa kawasan tersebut ditumbuhi juga dengan ledum liar, goldenrod dan conyza.

Ladang ini dibuka untuk dilawati dan anda juga boleh menyertai Winter Harvesting dimana anda sama-sama bekerja dan melalui keseluruhan proses sehingga penyulingan.

Suhu semasa winter harvesting mencecah -20 hingga -40 darjah Celcius.

Sekiranya anda bertuah, anda akan dapat menyaksikan Northern Lights semasa anda disana.

5. Dalmatian Aromatic Farm di Split, Croatia



Ladang Helichrysum terbesar di Croatia. Terletak 28km dari Sibenik dan 58 km dari Split. Altitudnya ialah 350m dari aras laut dan ia kedudukan yang sangat bagus untuk Helichrysum dan lokasinya juga sempurna kerana sentiasa ada angin.

Peladang sangat mementingkan Seed to Seal dan mereka tidak mengganggu keadaan tanahnya dari keadaan asal. 

Keluasan ladang Helichrysum Young Living di Croatia ialah 530km kaki persegi.

Semasa lawatan kami, tanah tersebut sedang disediakan untuk penanaman. Tanahnya berbatu-batu dan mereka menggunakan jackhammer untuk memecahkan batuan pada dalam tanah dan menguraikannya.

Kata pemilik ladang, selepas kehadiran Young Living dan Gary Young, beliau mendapati proses penanaman di ladangnya semakin mudah dan “menjadi”.

Selain jaminan pembekalan dari ladang tersebut, beliau juga mengatakan bahawa beliau mendapat rakan kongsi dan sahabat. 

7 fakta menarik ladang Highlands Flats Young Living

Ya, Young Living sangat berhati-hati tentang kemurnian minyak pati yang disuling.
Fakta Menarik Ladang Highlands Flat:
1. Air gunung digunakan untuk stim semasa proses penyulingan. Ini untuk mengelakkan bahan kimia yang biasanya terdapat di dalam air seperti klorin.
2. Floral water (bahan lain yang terhasil semasa proses penyulingan) tidak stabil kecuali ditambah dengan additive. Young Living tidak mahu menjual produk yang ditambah bahan kimia sintetik. Oleh yang demikian, floral water yang terhasil diguna semula untuk menyejukkan paip stim semasa penyulingan.
3. Balsam Fir & Blue Spruce disuling di ladang ini. Young Living menanam semula 100,000 pokok setiap musim bunga. (Semua ahli yang berminat boleh menyertai proses penanaman ini). Pokok-pokok dituai hanya selepas 10-12 tahun.
4. 25-30 tan cip suling setiap hari dan kira-kira 10-12 liter Balsam Fir dihasilkan setiap proses penyulingan.
5. Semasa peralihan musim bunga, yang berlaku selama tiga bulan setiap tahun, Young Living tidak dapat menjalankan apa-apa proses kepada pokok yang ditebang. Penyulingan juga terpaksa dihentikan sepanjang tempoh ini.
6. Kebanyakan syarikat hanya menyulingkan jejarum pokok. Itu akan menjadi lebih mudah daripada memotong seluruh pokok.
Tetapi Gary tahu bahawa terdapat unsur-unsur di seluruh pokok yang membuatkan Balsam Fir kuat dan 90% minyak berada di tengah-tengah pokok itu.
Young Living menyuling keseluruhan pokok untuk mendapatkan yang terbaik
7. Young Living sangat berdedikasi dan memberi perhatian penuh kepada butiran dan para pekerjanya.
Ia tidak pernah mengenai wang dan keuntungan semata-mata. Dengan Young Living, ia sentiasa mengenai kualiti.