Memaparkan catatan dengan label purification. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label purification. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2018

Telinga tidak selesa

Malam kelmarin jm 3 pagi terjaga susukan anak. Hidung gatal, telinga gatal tak tertahan rasanya.
Mula-mula saya mahu terus tidur sahaja, tapi terganggu pula. Bangkitlah saya dari katil dan ambil purification. Sapu luar telinga dan dada. Untuk hidung saya sapu Breathe Again.
Kemudian terus tidur kerana nanti satu jam lagi nak bangun.
Alhamdulillah, rezeki saya, baby tak terjaga. Saya pun sama. Bangun-bangun sudah azan subuh. Gatal-gatal pun hilang sama.
smile emoticon


Purification bagus untuk menghilangkan bau. Biasanya diguna di bilik yang kepam, bau rokok, bau durian, sebagai pewangi dalam kereta, dalam kasut dan sebagainya. 
Minyak pati yang perlu ada dalam rumah. Terutamanya jika orang dirumah ada isu respiratori juga semasa jerebu.

Rabu, 25 November 2015

Resepi DIY Spray Deodorant Minyak Essential

Apakah anda masih menggunakan deodorant komersil?

Apakah anda tahu apa kandungan deodorant komersil yang anda gunakan?

Kebanyakan deodorant yang ada dipasaran mempunyai kandungan aluminium. Aluminium digunakan untuk menghalang perpeluhan dan seterusnya menghilangkan bau busuk yang sangat kita takuti.

Tetapi apabila kita menggunakan aluminium terlalu banyak di badan kita, ia akan mengakibatkan terkumpulnya toksin dalam badan dan seterusnya menjadi punca masalah yang lebih besar daripada masalah bau badan.

Ini resepi deodorant spray (pewangi ketiak) yang saya gunakan dirumah.

Resepinya mudah sahaja. Tidak sukar dibuat dan ia boleh membantu mengatasi masalah bau badan.




Bahan-bahannya:-

Botol spray kaca 2 auns

Unscented witch hazel

Glycerin / aloe vera gel

Minyak Pati Young Living




Caranya:-

Isikan witch hazel sehingga separuh botol.

Titiskan 10 titik minyak pati (essential oil) pilihan anda. Yang terbaik untuk bauan ialah Purification. Untuk bauan lain, saya gunakan Lavender/Joy. Anda boleh juga menukar minyak setiap kali anda membuat batch baru.

Tambahkan dengan sedikit (1 sudu) aloe vera gel atau glycerin.

Penuhkan dengan distilled water.

Goncang setiap kali sebelum digunakan.


Oleh kerana kita sudah lama menggunakan bahan komersil berkimia, badan kita mengambil masa untuk membuang toksik dalam badan. Diawal penggunaan, anda mungkin akan rasa bau badan anda sangat ketara (bukan bau busuk, cuma bau badan semulajadi).

Bertabahlah dan kekalkan penggunaan sehingga 2 minggu, Inshaa Allah selepas itu keadaaan akan jadi lebih baik.

Gunakan sekerap yang anda perlukan. :)