Khamis, 11 Oktober 2018

Pengurusan Stress

STRESS



Kita tidak dapat ubah situasi yang menyebabkan stress.

Tapi kita boleh ubah respons kita pada situasi tersebut. 

Suami saya kata, ramai sahabatnya yang bertanyakan EO untuk stress. Barangkali stress ini memang satu keadaan yang melanda ramai orang.

Saya pun cubalah mencari-cari apa Essential Oils yang boleh membantu kita menguruskan situasi ini.

Rupa-rupanya, stress ini banyak betul jenisnya.

Antara yang disenaraikan adalah:-

1. Chemical Stress
2. Emotional Stress
3. Environmental Stress
4. Mental Stress
6. Performance Stress
7. Physical Stress
8. Relationship Stress
9. juga Stress yang terhasil dari keadaan insomnia, irritabilility dan kepenatan.

Wah! Banyaknya punca stress.



Tahukah anda apabila kita stress, kita akan menyebabkan diri mudah dapat penyakit?

Kenapa? Apa kaitannya?

Logiknya begini.

Stress akan menyebabkan badan untuk menghasilkan hormon stress (kortisol).

Kortisol ini berperanan dalam mengendalikan metabolisme, iaitu seluruh proses kimia yang terjadi pada tubuh manusia supaya tubuh kita dapat merespons dan beradaptasi dengan perubahan yang berlaku.

Antara kepentingan kortisol adalah:-

 Mengatur kadar gula darah

 Melawan peradangan dalam tubuh

 Memengaruhi pembentukan ingatan

 Mengendalikan keseimbangan garam dan air dalam tubuh

 Menyesuaikan tekanan darah dengan kondisi tubuh

 Membantu perkembangan janin pada ibu hamil

Walau bagaimanapun, penghasilan kortisol hasil dari stress berpanjangan dan berterusan akan memberi kesan kepada tubuh badan kita.

Antaranya adalah:-

 mood swing

 radang pada muka dan badan

 kelelahah

 masalah kulit

 peningkatan tekanan darah tinggi

Apabila stress dan kortisol tinggi, badan perlu pula flush out hormon stress yang berlebihan ini.

Sudahnya ia boleh menyebabkan badan keletihan atau overwhelmed, melemahkan sistem imun pula tidak dapat menjalankan kerjanya dan ia memudahkan badan dihinggapi penyakit.

Oleh itu, sangat penting untuk kita mengendalikan stress dalam diri kita supaya semua sistem badan dapat berfungsi dalam keadaan yang baik.

Soalan berikutnya, bagaimana untuk mengelakkan stress dari berlaku?

Jika ia sudah berlaku, bagaimana menguruskannya?

#pengurusanStress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan