Jumaat, 26 Oktober 2018

Pentingnya Kualiti dan Ketulenan Essential Oils


Seorang sahabat share tentang essential oil yang diguna kawannya.
Essential oilnya harga mampu milik, oh silap, memang sangat mampu.
Tapi bila ditanya bagaimana tatacara penggunaannya, antaranya:-
 Tidak boleh contact pada kulit.
 Tidak boleh guna internal.
Jadi bagaimananya?
Tepuk dada, tanya selera.


Melalui lawatan, penerangan dan bacaan saya, Young Living menjalankan pelbagai ujian keatas essential oil yang disuling dan dibotolkan.
Secara asasnya, tujuan ujian-ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur ketulenan produk akhir.
Berikut adalah pengujian saintifik yang dilakukan dengan ketat oleh makmal Young Living menurut Mike Buch, Ketua Pegawai Saintifik Young Living:-
Viscometry- bertujuan untuk menguji kelikatan setiap minyak pati
Densitometry- menguji kandungan air yang dikumpul sekali semasa proses penyulingan
Refractometry- mengukur lencongan cahaya dalam minyak pati. Pengukuran ini bleh memastikan ketulenan minyak pati.
Polarimetry- cahaya terpolarisasi dihantar kedalam minyak pati untuk mengukur putaran. Putaran yang diukur boleh digunakan untuk mengira nilai kepekatan larutan.
ICP- MS( Inductively Coupled Plasma mass spectrometry)- mengukur logam dalam minyak pati
ICP- OES (Inductively couples plasma atomic optical emission spectrometry)- juga untuk mengukur logam
Gas Chromatograph- meleraikan semua komponen dalam minyak pati menggunakan haba tinggi untuk menyemak samada terdapat bendasing
HPLC (High Performance Liquid Chromatograph- tujuan serupa dengan GC
FTIR (Fourier Transform Infrared Spectroscopy)- Mengukur ikatan kimia antara sebatian
Automated Micro-enumeration- Mengukur bakteria dalam sampel
Disintegration Testing- mengukur tempoh masa tablet dileraikan
PH- mengukur tahap asiditi dan alkali
Flashpoint-mengukur titik nyalaan
Microscopy-
Combustibility- menguji bagaimana mudah bahan dibakar, melalui kebakaran atau pembakaran
Chiral Chromatography- Ujian ini memisahkan isomer optik dan menentukan sebatian organik daripada sebatian anorganik.
IRMS (Isotope Ratio Mass Spectrometry)-Ujian ini mengukur semua minyak untuk memastikan ia mempunyai nisbah yang sama dengan atmosfera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan