Jumaat, 26 Oktober 2018

12 Soalan Perlu Ditanya Semasa Mencari Essential Oil Anda




Terdapat pelbagai pengeluar dan pembekal minyak pati dalam pasaran. Bagaimana saya mahu pilih jenama yang mana sesuai untuk keluarga saya?

Ada beberapa perkara yang biasanya menjadi faktor penentu dalam membeli dan mendapatkan minyak pati bagi kegunaan keluarga anda.

Salah satunya adalah faktor harga. Walau bagaimanapun, harga sebenarnya adalah sangat subjektif kerana harga tidak menentukan nilai dan manfaat sebenar minyak pati.




Berikut adalah 12 soalan yang perlu ditanyakan kepada pembekal minyak pati anda sebelum anda membuat pilihan untuk menggunakan sesuatu jenama.
  1. Adakah pembekal minyak pati anda menghasilkan minyak pati untuk jangka masa yang panjang?
  2. Adakah pembekal anda mempunyai kuasa secara langsung dalam semua urusan bermula dari pencarian sumber dan benih sehingga pembotolan?
  3. Adakah minyak pati datang dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara herba organik?
  4. Adakah tumbuhan yang digunakan untuk penghasilan minyak pati berasal dari sumber asal tumbuhan tersebut?
  5. Apakah ladang-ladang yang membekalkan sumber minyak pati anda boleh dilawati oleh umum?
  6. Apakah fasiliti penyulingan yang digunakan berada dalam kawasan yang berhampiran dengan tempat tuaian tumbuhan tersebut? Apakah ia disuling dengan segera atau terpaksa menunggu dan berpotensi untuk kehilangan potensi berharga?
  7. Apakah terdapat campuran bahan kimia sintetik dan aditif (bahan tambahan) digunakan semasa penyulingan untuk mendapat lebih banyak hasil sulingan?
  8. Apakah tumbuhan tersebut disuling dengan tekanan serta haba rendah untuk memastikan semua komponen kimianya terpelihara?
  9. Apa bahan yang digunakan untuk membuat peralatan dan perkakasan penyulingan? (Aloi tahan karat gred makanan adalah antara yang terbaik untuk mengurangkan reaksi kimia)
  10. Apakah pembekal anda membuat analisis keatas semua bekalan bagi memastikan sumber bekalannya mempunyai komponen kimia terapeutik?
  11. Apakah hasil akhir minyak pati anda kaya dan wangi aromanya?
  12. Apakah haruman setiap kumpulan bekalan berbeza-beza?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan