Rabu, 3 Oktober 2018

MIndfulness & Courage




Saya ditanya 2 eo yang menjadi favourite. 2 essential oil yang tidak boleh tidak, sentiasa saya bawa kemana-mana. 2 essential oil yang menjadi permulaan kepada saya.
Sukar untuk pilih hanya dua.
Tapi inilah 2 pilhannya.
Frankincense. Dan yang kedua, Valor.
Kenapa? Apakah yang istimewa?
Yang berlabel merah dalam gambar ini namanya Frankincense. Juga kadang-kadang dipanggil kemenyan Arab. Luban nama lainnya.
Frankincense banyak digunakan oleh orang Arab. Selalunya dibakar untuk mendapat aromanya. Bagus untuk kegunaan semasa meditasi. Orang Islam guna sewaktu solat. Frekuensi tinggi, maksudnya ia bagus untuk mendapatkan ketenangan dan juga fokus.
Saya gunakan untuk mendapatkan sedikit kelegaan untuk sedikit isu kesihatan saya dahulu. Jika dahulu, memang pantang panas. Atau kurang tidur. Atau lambat makan. Nanti akan mula rasa kurang selesa dibahagian kepala.
Selepas mencuba Frankincense, Alhamdulillah, jarang-jarang sekali saya mendapat aura itu. Lega amat. Saya fikir saya kaan terus-terusan perlu hidup dalam ketidakselesaan itu.
Cara saya gunakan adalah dengan meletakkan setitis pada ibu jari dan melekapkan pada lelangit dalam 10 saat. Biasanya, ia berkurang dalam kadar hampir serta merta.
Selain itu, Frankincense bagus untuk kulit. Dicampur bersama sedikit minyak sayuran, saya oleskan pada kulit muka atau mana-mana bahagian badan yang mahu dihilangkan cela.
Juga Frankincense saya gunakan pada anak yang baru lahir. Dioleh pada tali pusat untuk menyokong kesihatan pada tali pusat yang masih ada ataupun telah putus.
Atau pada ubun-ubun anak, sekiranya mereka terdedah kepada gadget dengan kadar melebihi kadar biasa. Dapatlah kurangkan tantrum kerana ia memberikan ketenangan kepada fikiran anak-anak. Oh seringkali juga kepada saya. Kerana saya juga gadget addict. 
Valor pula adalah gabungan beberapa jenis single oil yang diformulasi untuk memberikan kekuatan dan keberanian dalam diri.
Benar, saya nampak bersahaja dan rebel ini, juga keras orangnya. Tapi jangan sangka clear water no buaya. Eh!
Saya juga seperti anda semua. Ada masa takut juga Terutama kepada ketidaktentuan.
Biasanya saya gunakan pada awal pagi. Setitis ditapak tangan. Sapukan kepada dada, tapak kaki dan juga pergelangan tangan.
Apabila anak-anak menyertai perlumbaan atau pertandingan, Valor menjadi pilihan untuk memberi mereka sedikit dorongan dari dalam diri.
Bagus juga disapu pada sekitar tulang belakang. Untuk memberikan kelegaan apabila duduk atau berdiri terlalu lama.
Frankincense dan Valor, kerana diriku sangat berharga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan