Khamis, 11 Oktober 2018

Jenis dan kategori kualiti essential Oils


Sedutan dari Kelas Asas EO 6th Scents untuk semua pembeli EO dari mana-mana ahli dalam organisasi 6th Scents

**********

Tiada peraturan khusus digunakan untuk pelabelan Minyak Pati. Sekiranya terdapat walaupun 5% minyak pati, tanpa mengira teknik mahupun hasil sulingan, ia boleh dilabelkan sebagai "Pure Essential Oil".



Namun kita boleh mengkategorikan hasil sulingan kepada beberapa jenis gred seperti dibawah:-

1. Gred A

Minyak pati yang dihasilkan untuk mencapai nilai teraputik.

Ia tulen dan tidak ada campuran kimia langsung.

Tiada racun serangga mahupun baja kimia digunakan dalam penanaman.

2. Gred B

Minyak pati gred ini dihasilkan dengan baik namun mungkin mempunyai bahan kimia kerana penggunakan baja atau racun rumpai pada sumbernya.

Boleh jadi juga terdapat penambahan minyak pembawa (carrier oil) dalam minyak gred ini.

3. Gred C

Gred pewangi / perfume. 
Mengandungi pelarut (solvent) dan bahan kimia lain. 
Penggunaan solvent adalah untuk meningkatkan hasil penyulingan.

4. Gred D

Dipanggil Floral water atau hydrosol. 
Tiada nilai teraputik kecuali pada bauan atau aroma.
Selepas penyulingan Gred A, hasil samping adalah floral water. Masih lagi boleh dilabel sebagai Pure Essential Oil.

Oleh yang demikian, anda perlu tahu siapakan pengeluar dan sumber bahan mentah syarikat pengeluar minyak pati anda untuk medapatkan kepastian mengenai gred minyak pati anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan