Memaparkan catatan dengan label kualiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kualiti. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2020

Tawaran Dan Jaminan Seed to Seal

Apakah kelebihan produk Young Living sehingga ia sesuai digunakan untuk semua orang?
Young Living menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Minyak Pati, Rangkaian Thieves untuk pembersihan, Makanan Nutrisi, Kesihatan dan Kecergasan serta Penjagaan Diri.


Jaminan Seed to Seal Young Living menawarkan keyakinan bahawa minyak pati yang dihasilkan adalah tulen tanpa campuran bahan sintetik yang mengganggu sinergi dan keberkesanannya.
Kesemua produk Young Living di'infuse' dengan minyak pati untuk memastikan pengguna mendapat manfaat minyak pati dalam apa jua produk yang digunakan.
Young Living bukan sekadar produk semata-mata. Ia adalah lifestyle atau cara hidup. Terdapat anggaran 200 minyak pati dan 400 produk untuk menambah nilai kehidupan anda.
Saranan penggunaan minyak pati bukanlah berfokus pada rawatan penyakit sebaliknya menjurus kepada cara membantu menyokong kesejahteraan tubuh badan.
Pilih sahaja. Pasti ada sesuatu untuk anda.

Senarai Ladang Young Living Seed to Seal

Demi memastikan Seed to Seal kekal terjamin, Young Living komited mendedikasikan masa, sumber dan kepakaran dalam pengurusan ladang-ladangnya di serata dunia.

Terdapat beberapa ladang yang memang hakmilik Young Living manakala banyak ladang lagi yang dikerjakan secara koperasi dan perkongsian. Kawalan ketat keatas bekalan dan sumber dibuat supaya kualiti hasil akhirnya sentiasa menepati piawaian.




Chief Supply Officer Young Living, Lauren Walker serta pasukannya sangat mendokong misi dan visi Young Living. Dalam beberapa siri taklimat mengenai Bekalan dan Sumber, beliau berkongsi mengenai pasukannya yang tidak berhenti bekerja mencari bekalan yang tiptop bagi penghasilan minyak pati dan produk-produk lain Young Living.


Antara Ladang-ladang Young Living sehingga 2019 adalah seperti berikut:-



  • Whispering Spring Farm di Mona, Utah (Lavender)
  • Skyrider Wildernes Ranch, Tabiona, Utah (Einkorn)
  •  St. Maries Lavender Farm, Idaho, Utah (Lavender)
  • Highland Flats Tree Farm, Naples, Idaho (Blue Spruce - Winter Harvest, Spring Planting Project)
  • Northern Light Farm, Fort Nelson, Canada (Northern Light Black Spruce)
  • Kona Sandalwood Reforestration Project, Hawaii (Sandalwood)
  • Finca Botanica Farm, Equador
  • Simiane-La-Rotonde, France (Lavender)
  • Dalmatia Aromatic Farm, Split, Croatia (Helichrysum)
  • Arabian Frankincense Distillery, Muscat, Oman (Frankincense, Sacred frankincense)
  • Maydi Frankincense Distillery, Dubai (Frankincense, Myrhh)
  • Taiwan Cooperative Farm, Taitun, Taiwan
  • Outback Botanical Reserve, Darwin, Australia (Cypress)
  • Quintis Sandalwood Farm, Perth, Australia (Sandalwood)
  • Finca Victoria Farm—Ciudad Victoria, Mexico (Grapefruit. Lime)
  • Labbeemint Partner Distillery (Peppermint)



Nota: maklumat diperoleh dari Laman Web Rasmi Young Living. Sah pada tarikh 3 Januari 2020

Kenapa harga Minyak Pati keluaran lain ada yang lebih murah?

Antara sebab kenapa harga minyak pati keluaran lain lebih murah adalah:-

1. Bahan mentahnya mungkin lebih murah kerana didapati dari pasaran awam.

2. Kos pembuatannya murah.


Bagaimana kosnya dapat dikurangkan?

1. Jika pengurusan ladang tersebut menggunakan racun, akan ada lebih banyak tanaman dapat diselamatkan dari haiwan perosak. Maka banyak tanaman yang boleh dituai dan disuling. .

2. Apabila pelarut kimia digunakan semasa proses penyulingan, lebih banyak minyak pati dapat diekstrak.

3. Apabila minyak pati dicairkan dengan minyak pembawa, lebih banyak botol dapat dihasilkan.


Jadi, beginilah cara sebahagian minyak pati dihasilkan oleh Young Living.


  • 60 ribu kuntum bunga Ros diperlukan untuk menghasilkan 1 auns minyak pati Ros.
  • 22 kaki persegi lavender menghasilkan 1 botol 15ml minyak pati lavender.
  • Jasmin dipetik dengan tangan sebelum matahari terik pada hari pertama ia mekar dan berkembang. Jasmin merupakan antara minyak pati yang mahal apabila dijual. 8 juta kuntum Jasmin yang dipetik secara manual menghasilkan 2.2 paun minyak pati.
  • Pokok sandalwood mesti berusia 30 tahun dan 30 kaki tinggi sebelum ia boleh dipotong untuk diproses.
  • Minyak Pati Young Living yang dibotolkan dalam botol 5ml mengandungi lebih kurang 90 titis.
  • Botol 15ml pula mengandungi anggaran 250 titis. 



Kenapa pula kuantiti minyak pati sedikit dan dibotolkan dalam botol 5ml dan 15ml sahaja?


Apabila kita memilih menggunakan minyak pati Young Living, biasanya hanya perlukan 1-3 titis sahaja setiap kali penggunaan kerana ia memang minyak pati pure 100%. 

Setiap botol boleh bertahan untuk 45 - 90 kali guna.

Inilah nilai setiap botol yang dibayar oleh anda untuk mendapatkan minyak Pati Young Living.

Khamis, 11 Oktober 2018

Jenis dan kategori kualiti essential Oils


Sedutan dari Kelas Asas EO 6th Scents untuk semua pembeli EO dari mana-mana ahli dalam organisasi 6th Scents

**********

Tiada peraturan khusus digunakan untuk pelabelan Minyak Pati. Sekiranya terdapat walaupun 5% minyak pati, tanpa mengira teknik mahupun hasil sulingan, ia boleh dilabelkan sebagai "Pure Essential Oil".



Namun kita boleh mengkategorikan hasil sulingan kepada beberapa jenis gred seperti dibawah:-

1. Gred A

Minyak pati yang dihasilkan untuk mencapai nilai teraputik.

Ia tulen dan tidak ada campuran kimia langsung.

Tiada racun serangga mahupun baja kimia digunakan dalam penanaman.

2. Gred B

Minyak pati gred ini dihasilkan dengan baik namun mungkin mempunyai bahan kimia kerana penggunakan baja atau racun rumpai pada sumbernya.

Boleh jadi juga terdapat penambahan minyak pembawa (carrier oil) dalam minyak gred ini.

3. Gred C

Gred pewangi / perfume. 
Mengandungi pelarut (solvent) dan bahan kimia lain. 
Penggunaan solvent adalah untuk meningkatkan hasil penyulingan.

4. Gred D

Dipanggil Floral water atau hydrosol. 
Tiada nilai teraputik kecuali pada bauan atau aroma.
Selepas penyulingan Gred A, hasil samping adalah floral water. Masih lagi boleh dilabel sebagai Pure Essential Oil.

Oleh yang demikian, anda perlu tahu siapakan pengeluar dan sumber bahan mentah syarikat pengeluar minyak pati anda untuk medapatkan kepastian mengenai gred minyak pati anda.