Sabtu, 21 Mac 2020

Einkorn Flakes Cereal.



Lama dah beli cuma waktu itu, stok habis jadinya backordered. Semalam baru tiba. Orang kata sedap-sedap, kita nak tahu jugalah sedap tara mana. Makanan sihat ni biasanya rasa lain sikit.
Bila cuba, memang sedap Masha Allah. Anak-anak pun cakap sama. Terus kelurkan susu nak makan cereal di petang hari.
Einkorn cereals dIperbuat daripada bijirin gandum purba einkorn dan oat bran. Jaminan Seed to Seal dikota dengan pilihan biji benih hingga ke bungkusan nya.
Hanya 14 kromosom genetik. Non GMO. Tanpa baja. Hanya matahari, hujan dan kasih sayang.
Einkorn ditanam setiap 10 tahun di ladang lavender Young Living di Perancis untuk menyuburkan tanah. Kemudian ia dihancurkan menjadi gandum tanpa dikisar.
Bijirin ni rangup, nipis dan dimaniskan sedikit sahaja dengan gula kelapa organik.

Ia Lebih rendah gluten daripada gandum hybrid moden biasa.

Manis secara semulajadi dan kekal rangup walau di dalam susu.

Ia juga mengandungi Kod genetik yang unik. Lebih tinggi minerals. Struktur proteinnya juga berbeza daripada gandum moden. Mungkin alternatif yang baik bagi yang sensitif gandum moden.

Bahan
Gandum purba Einkorn, oat bran, gula kelapa.
369g

Cubalah hari ini.

Harga ahli: RM28
Bukan ahli: RM36.50

Baju susah hilang tanda?



Zayd Minum ningxia terkena baju. Habis tumpah atas baju tidur. Sudahlah Ningxia Red tu warnanya merah. 🍒
😤😤

But wait, jangan menaga dahulu. Saya baca tips, gunakan Thieves Foaming Handwash untuk bersihkan kotoran sebelum dibasuh dalam mesin.

Baca tetapi tak buat tak datangkan kesankan? Jadi malam tadi selepas makan malam, saya cubalah.
Wah, serius berkesan. 

Lepas ni nak cuba dengan air coklat pula. Sakit mata tengok baju bertanda.
Rupanya serbaguna semua barangan Thieves Young Living ini. 🤩🤩

GRED TERAPUTIK? APAKAH ITU?



Ada yang mengatakan essential oil ini ada energi dan sebagainya sehingga membantu rawatan. Hal ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, jadi saya tidak gemar mengulas essential oil dari perspektif ini.

Namun, dari scientific investigation, banyak kajian telah dijalankan dan apabila dicari (dengan bersungguh-sungguh), kita akan dapati banyak scientific literature tentang kesan psikologikal minyak pati kepada tubuh badan kita.

Ada essential oil yang memberikan kesan kepada sistem saraf (nervous system), sistem pertahanan, sistem hormon dan sebagainya.

Beberapa essential oil memberikan ketenangan (sedative effect) seperti Lavender, Valerian.

Ada essential oil yang digunakan untuk stimulasi seperti Rosemary.

Selain itu kita tahu yang essential oil dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan rawatan herba serta remedi homeopati.

Walaupun ketiganya berasaskan tumbuhan dan barangkali pokok yang sama, dari segi teori dan perlaksanaanya, ketiga-tiga penggunaanya berbeza. Bukan itu sahaja, manfaat dan kesan yang terhasil dari pengunaan juga berbeza-beza.

Bahkan, metabolisme setiap essential oil juga tidak sama. Ini bermakna, satu minyak pati tertentu saya gunakan keatas diri saya dan ia berkesan. Tetapi, ia mungkin tidak berkesan kepada anda walaupun anda mempunyai kondisi sama seperti saya.

Ah, rumit kan? Fikirkan begini, penggunaan essential oil ini sangat individual.

Keberkesanan penggunaan essential oil bergantung kepada:

👉 kualiti essential oil yang digunakan.
👉 essential oil yang betul dipilih untuk digunakan bagi kondisi tersebut,
👉 penggunaan essential oil dengan kaedah yang betul dan tepat,
👉 dos (kuantiti) essential oil yang digunakan adalah sesuai.

Pendek kata, pilihlah essential oil yang anda dapat pastikan kualitinya dan dapatkan sokongan penggunaan dari sumber yang betul dan tepat.

Rujukan: Aromatherapy Practitioner Correspondence Course.

ESSENTIAL OIL BOLEH BAWA MUDARAT?


Boleh.
3 sebab pengambilan essential oil akan memudaratkan:-
1. Essential oil tersebut bukan 100% tulen. Ia dicampur dengan bahan sintetik ataupun ia mempunyai label "not for consumption"
2. Pengguna sudah sedia ada mempunyai isu esofagus/usus. Contohnya bulimia, acid reflux, GERD, pedih ulu hati dan sebagainya.
3. Penggunaan berlebihan. Contohnya, resepi atau label menyarankan 1 titis sahaja, tetapi resepi tersebut diubahsuai menjadi 6 titis.

Travel tinggal anak dan homesick



Ini gambar lama. Pertama kali nak ke luar negara meninggalkan Zayd dan Zaynab. Trip ke ladang Lavender di Simiane La Rotondue.

Jadi anak-anak nak ditinggalkan di rumah nenek. Saya dilutekan beberapa essential oil yang saya rasa penting dan cukup-cukup untuk mereka.

Antara yang dipilih adalah Peppermint, Lavender, Lemon, Thieves. Ini semua untuk sokongan imun. Semuanya boleh didapati dalam Premium Set Kit kita. Kasihan kalau anak ditinggal tak sihat. Lebih kesian lagi kalau nenek tidak dapat rehat kerana menjaga cucu yang ditinggal.

Peace and Calming pula favourite essential oil saya masa awal-awal guna eo dahulu. Baunya memberi kesan tenang dan lapang. Baunya agak citrusy, namun ada sedikit bau bunga. Harum sekali.

Saya juga sering calit pada pergelangan dan belakang telinga, buat mewangikan diri. Selain itu, jika anak agak tantrum sedikit, sebelum nak kaji punca tantrum tu, saya suka gunakan kepada mereka supaya mereka tenang sedikit dan saya tidak ikut tantrum. Dalam ribut-ribut kadang-kadang senang naik hantu.

Alhamdulillah, anak-anak diberikan kesihatan baik oleh Allah Azza Wa Jal sepanjang ketiadaan saya. Tapi maknya pula yang demam.

Homesick. 😂


Digize, Thieves Hand Purifier dan Thieves EO



Bulan ni beli 4 ni sahaja. Digize tu selain untuk digestive system, bagus juga sapu pada lutut dan kawan sekitar sebelum kayuh basikal. Alhamdulillah, lega banyak.
Thieves tu, satu akaun beli satu. Grab je jangan fikir banyak.
Thieves Hand Sanitizer cuma ada botol kecil. Bolehlah dari tak ada.

Info tambahan:
Hand Sanitizer Thieves ada 65% Alkohol Denat. Alkohol denat adalah produk berasaskan etanol. Biasanya alkohol denat dihasilkan dari petroleum. Ia toksik dan boleh merengsakan kulit.
Jaminan Seed To Seal Young Living memberikan kita keyakinan yang semua bahan digunakan adalah selamat dan kekal 100% asli.
Oleh itu, Alkohol Denat yang digunakan dalam Hand Sanitizer Young Living terhasil dari Peppermint (dan juga Thieves). Peppermint mempunyai ikatan semulajadi methyl /ethyl. Penggunaan bahan semulajadi dan alami membolehkan tubuh badan kita menerimanya dengan lebih baik.
Subhanallah. Bijak kan Allah swt mencipta semuanya dengan sempurna.
Jika anda ahli Young Living, masih boleh dapatkan Thieves Sanitizer didalam akaun anda.
Hanya rm22.50 harga ahli.


Feather The Owl

Balik kampung.
Sekejap sahaja. Buat yang penting-penting.
Rumah ni kami duduk lama, hampir 14 tahun lamanya.
Banyak betul nyamuk. Sepanjang awal-awal kami memang guna ubat nyamuk dengan bersungguh-sungguh. Spray, elektrik, mat, semua kami guna. Kalau tak, tak boleh tidur. Digigit nyamuk sepanjang malam.
2015 saya kenal Purification EO. Alhamdulillah, selepas itu tak patah balik ke ubat nyamuk lagi.
Kali ini saya bawa balik Owl The Feather. Selain mudah nak bawa kemana-mana, isi air pun senang. Mist yang konsisten dan berterusan maka aroma lebih lama dan kuat.
Pinjam semalam ya, Hamzah. Nanti mak pulangkan semula.

Jumaat, 6 Mac 2020

Apa maklumat pada botol EO anda?


Tahukah anda ada banyak maklumat sebenarnya yang boleh kita dapati dari label botol eo kita? 

Maklumat ini sangat bermanfaat terutamaa kepada pengguna baharu untuk memulakan pengalaman penggunaan yang lebih optimum dan berkesan.

Nah, video berdurasi 4 minit ini akan menerangkan semuanya.

Selasa, 4 Februari 2020

3W : Women, Wealth & Wellness Di Johor Bahru Februari 2020



Jemputan khas buat oilers Young Living di Johor Bahru:



3W : WOMEN, WEALTH & WELLNESS




==========

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Memperkasakan wanita tentang cara menjaga kesihatan diri supaya kekal sihat untuk menjaga keluarga dan bekerja

2. Memperkasakan wanita tentang cara menambahkan pendapatan melalui perniagaan Young Living demi mencapai matlamat kebebasan kewangan (financial freedom) diri dan keluarga






==========

BILA & DIMANA?

Tarikh :8hb Februari 2020, Sabtu
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Dewan Seminar Munsyi,
Taman Adda Height (bersebelahan dengan Minds Champs Preschool/di atas 7E)
242-02, Jalan Adda 7,Taman Adda Heights,
Johor Bahru, Johor.

==========

APA TENTATIF PROGRAM?



SESI PAGI 9.30am-1.30pm
The Magic Numbers of Young Living Business
- power of ONE
- Help 2 : sharing made simple
- Three for FREE
- Your 4 Story
- DIY stone diffuser




SESI PETANG 2.30pm-5pm
Protecting Your DNA : Antioxidant and Essential Oils
- antioxidant & antiaging
- antioxidant & antiinflammatory
- DIY Roll-On Recipes To protect your DNA
- Demo Red Drink & Red Berry Smoothies


==========

BERAPA YURANNYA?

1. Yuran istimewa untuk ahli Young Living yang bernaung di bawah organisasi 6th Scents Wellness dan Team Mak Minyak

SESI PAGI : RM30/seorang
SESI PETANG : RM30/seorang
PAGI + PETANG : RM50 sahaja (diskaun RM10)

2. Untuk anda yang belum menjadi ahli dan tidak bernaung di bawah organisasi 6th Scents Wellness dan Team Mak Minyak

SESI PAGI : RM50/seorang
SESI PETANG : RM30/seorang
PAGI + PETANG : RM80 (tiada diskaun)

============

CARA NAK MENDAFTAR? :

Google form : http://bit.ly/3WJB8FEB

atau WhatsApp :
www.wasap.my/0126031421 (azurah)
www.wasap.my/01128678486 (haida)
www.wasap.my/0139798897 (shida)

Bagaimana Young Living Bermula?

Young Living dimulakan oleh Gary Young dan Mary Young isterinya pada tahun 1995.
Gary Young telah ditimpa kemalangan dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa beliau akan terpaksa bergantung kepada bantuan kerusi roda seumur hidupnya.
Beliau tidak mahu menerima hakikat itu dan yakin ada cara untuk beliau mengembalikan kekuatan dan kesihatannya. 
Itulah motivasi beliau untuk mendalami dan mencari maklumat lanjut mengenai Minyak Pati.
Semangat dan minat yang mendalam terhadap minyak pati membawa beliau mengembara dan mempelajari mengenai tumbuhan dan kaedah penghasilan minyak pati. Ilmu sains moden menyempurnakan kaedah penanaman, penuaian, penyulingan dan pengujian minyak pati.
Hasilnya, Young Living menawarkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat kepada semua orang.
Keberadaaan Young Living dalam industri minyak pati selama lebih kurang 20 tahun memberikan banyak kelebihan kepada Young Living. Pangkalan data lengkap mengenai setiap tumbuhan dan penghasilan minyak pati menjadi sumber berharga bagi penghasilan minyak pati yang berkualiti tinggi.

Tawaran Dan Jaminan Seed to Seal

Apakah kelebihan produk Young Living sehingga ia sesuai digunakan untuk semua orang?
Young Living menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Minyak Pati, Rangkaian Thieves untuk pembersihan, Makanan Nutrisi, Kesihatan dan Kecergasan serta Penjagaan Diri.


Jaminan Seed to Seal Young Living menawarkan keyakinan bahawa minyak pati yang dihasilkan adalah tulen tanpa campuran bahan sintetik yang mengganggu sinergi dan keberkesanannya.
Kesemua produk Young Living di'infuse' dengan minyak pati untuk memastikan pengguna mendapat manfaat minyak pati dalam apa jua produk yang digunakan.
Young Living bukan sekadar produk semata-mata. Ia adalah lifestyle atau cara hidup. Terdapat anggaran 200 minyak pati dan 400 produk untuk menambah nilai kehidupan anda.
Saranan penggunaan minyak pati bukanlah berfokus pada rawatan penyakit sebaliknya menjurus kepada cara membantu menyokong kesejahteraan tubuh badan.
Pilih sahaja. Pasti ada sesuatu untuk anda.

Senarai Ladang Young Living Seed to Seal

Demi memastikan Seed to Seal kekal terjamin, Young Living komited mendedikasikan masa, sumber dan kepakaran dalam pengurusan ladang-ladangnya di serata dunia.

Terdapat beberapa ladang yang memang hakmilik Young Living manakala banyak ladang lagi yang dikerjakan secara koperasi dan perkongsian. Kawalan ketat keatas bekalan dan sumber dibuat supaya kualiti hasil akhirnya sentiasa menepati piawaian.




Chief Supply Officer Young Living, Lauren Walker serta pasukannya sangat mendokong misi dan visi Young Living. Dalam beberapa siri taklimat mengenai Bekalan dan Sumber, beliau berkongsi mengenai pasukannya yang tidak berhenti bekerja mencari bekalan yang tiptop bagi penghasilan minyak pati dan produk-produk lain Young Living.


Antara Ladang-ladang Young Living sehingga 2019 adalah seperti berikut:-



  • Whispering Spring Farm di Mona, Utah (Lavender)
  • Skyrider Wildernes Ranch, Tabiona, Utah (Einkorn)
  •  St. Maries Lavender Farm, Idaho, Utah (Lavender)
  • Highland Flats Tree Farm, Naples, Idaho (Blue Spruce - Winter Harvest, Spring Planting Project)
  • Northern Light Farm, Fort Nelson, Canada (Northern Light Black Spruce)
  • Kona Sandalwood Reforestration Project, Hawaii (Sandalwood)
  • Finca Botanica Farm, Equador
  • Simiane-La-Rotonde, France (Lavender)
  • Dalmatia Aromatic Farm, Split, Croatia (Helichrysum)
  • Arabian Frankincense Distillery, Muscat, Oman (Frankincense, Sacred frankincense)
  • Maydi Frankincense Distillery, Dubai (Frankincense, Myrhh)
  • Taiwan Cooperative Farm, Taitun, Taiwan
  • Outback Botanical Reserve, Darwin, Australia (Cypress)
  • Quintis Sandalwood Farm, Perth, Australia (Sandalwood)
  • Finca Victoria Farm—Ciudad Victoria, Mexico (Grapefruit. Lime)
  • Labbeemint Partner Distillery (Peppermint)



Nota: maklumat diperoleh dari Laman Web Rasmi Young Living. Sah pada tarikh 3 Januari 2020

Kenapa harga Minyak Pati keluaran lain ada yang lebih murah?

Antara sebab kenapa harga minyak pati keluaran lain lebih murah adalah:-

1. Bahan mentahnya mungkin lebih murah kerana didapati dari pasaran awam.

2. Kos pembuatannya murah.


Bagaimana kosnya dapat dikurangkan?

1. Jika pengurusan ladang tersebut menggunakan racun, akan ada lebih banyak tanaman dapat diselamatkan dari haiwan perosak. Maka banyak tanaman yang boleh dituai dan disuling. .

2. Apabila pelarut kimia digunakan semasa proses penyulingan, lebih banyak minyak pati dapat diekstrak.

3. Apabila minyak pati dicairkan dengan minyak pembawa, lebih banyak botol dapat dihasilkan.


Jadi, beginilah cara sebahagian minyak pati dihasilkan oleh Young Living.


  • 60 ribu kuntum bunga Ros diperlukan untuk menghasilkan 1 auns minyak pati Ros.
  • 22 kaki persegi lavender menghasilkan 1 botol 15ml minyak pati lavender.
  • Jasmin dipetik dengan tangan sebelum matahari terik pada hari pertama ia mekar dan berkembang. Jasmin merupakan antara minyak pati yang mahal apabila dijual. 8 juta kuntum Jasmin yang dipetik secara manual menghasilkan 2.2 paun minyak pati.
  • Pokok sandalwood mesti berusia 30 tahun dan 30 kaki tinggi sebelum ia boleh dipotong untuk diproses.
  • Minyak Pati Young Living yang dibotolkan dalam botol 5ml mengandungi lebih kurang 90 titis.
  • Botol 15ml pula mengandungi anggaran 250 titis. 



Kenapa pula kuantiti minyak pati sedikit dan dibotolkan dalam botol 5ml dan 15ml sahaja?


Apabila kita memilih menggunakan minyak pati Young Living, biasanya hanya perlukan 1-3 titis sahaja setiap kali penggunaan kerana ia memang minyak pati pure 100%. 

Setiap botol boleh bertahan untuk 45 - 90 kali guna.

Inilah nilai setiap botol yang dibayar oleh anda untuk mendapatkan minyak Pati Young Living.