Sabtu, 21 Mac 2020

Travel tinggal anak dan homesick



Ini gambar lama. Pertama kali nak ke luar negara meninggalkan Zayd dan Zaynab. Trip ke ladang Lavender di Simiane La Rotondue.

Jadi anak-anak nak ditinggalkan di rumah nenek. Saya dilutekan beberapa essential oil yang saya rasa penting dan cukup-cukup untuk mereka.

Antara yang dipilih adalah Peppermint, Lavender, Lemon, Thieves. Ini semua untuk sokongan imun. Semuanya boleh didapati dalam Premium Set Kit kita. Kasihan kalau anak ditinggal tak sihat. Lebih kesian lagi kalau nenek tidak dapat rehat kerana menjaga cucu yang ditinggal.

Peace and Calming pula favourite essential oil saya masa awal-awal guna eo dahulu. Baunya memberi kesan tenang dan lapang. Baunya agak citrusy, namun ada sedikit bau bunga. Harum sekali.

Saya juga sering calit pada pergelangan dan belakang telinga, buat mewangikan diri. Selain itu, jika anak agak tantrum sedikit, sebelum nak kaji punca tantrum tu, saya suka gunakan kepada mereka supaya mereka tenang sedikit dan saya tidak ikut tantrum. Dalam ribut-ribut kadang-kadang senang naik hantu.

Alhamdulillah, anak-anak diberikan kesihatan baik oleh Allah Azza Wa Jal sepanjang ketiadaan saya. Tapi maknya pula yang demam.

Homesick. ðŸ˜‚


Tiada ulasan:

Catat Ulasan