Memaparkan catatan dengan label kualiti essential oil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kualiti essential oil. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2020

Essential Oil: Keperluan Atau Kehendak


Kita faham, ini masa sukar. Sudah sebulan lamanya kita tak dapat keluar bekerja. Ada orang yang dapat gaji hari, maka makin sukar hendak bagi makan kepada anak bini.

Ada pula yang dapat gaji bulanan. Turut gusar jika berpanjangan, silap-silap boss hantar surat tak perlu datang lagi.

Kasihan.

Tetapi dalam masa sama, kesihatan perlu dijaga. Kesejahteraan fikizal, emosi dan mental sama penting dengan keperluan kewangan.

Dalam masa ini, ramai yang mula mengorbankan beberapa belanja yang dahulunya dianggap keperluan, kini dikira sebagai kehendak.

Persoalan yang timbul, Essential oil ini, apakah ia keperluan atau kehendak semata-mata?
Jika ia keperluan, apakah perlu beli juga brand tertentu? Tidakkah sama beli essential oil dari mana-mana?

Persoalan ini dibincangkan bersama oleh Azurah 6th Scents dengan Shida Mak Minyak dalam video ini.
Video lebih kurang 39 minit sahaja, sambil berehat, silalah tonton. Semoga memberi manfaat.

Tinggalkan komen anda dan beritahu, apakah pendapat anda mengenai essential oil ini. Apakah keperluan kepada keluarga anda atau kehendak.

Sabtu, 21 Mac 2020

GRED TERAPUTIK? APAKAH ITU?



Ada yang mengatakan essential oil ini ada energi dan sebagainya sehingga membantu rawatan. Hal ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, jadi saya tidak gemar mengulas essential oil dari perspektif ini.

Namun, dari scientific investigation, banyak kajian telah dijalankan dan apabila dicari (dengan bersungguh-sungguh), kita akan dapati banyak scientific literature tentang kesan psikologikal minyak pati kepada tubuh badan kita.

Ada essential oil yang memberikan kesan kepada sistem saraf (nervous system), sistem pertahanan, sistem hormon dan sebagainya.

Beberapa essential oil memberikan ketenangan (sedative effect) seperti Lavender, Valerian.

Ada essential oil yang digunakan untuk stimulasi seperti Rosemary.

Selain itu kita tahu yang essential oil dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan rawatan herba serta remedi homeopati.

Walaupun ketiganya berasaskan tumbuhan dan barangkali pokok yang sama, dari segi teori dan perlaksanaanya, ketiga-tiga penggunaanya berbeza. Bukan itu sahaja, manfaat dan kesan yang terhasil dari pengunaan juga berbeza-beza.

Bahkan, metabolisme setiap essential oil juga tidak sama. Ini bermakna, satu minyak pati tertentu saya gunakan keatas diri saya dan ia berkesan. Tetapi, ia mungkin tidak berkesan kepada anda walaupun anda mempunyai kondisi sama seperti saya.

Ah, rumit kan? Fikirkan begini, penggunaan essential oil ini sangat individual.

Keberkesanan penggunaan essential oil bergantung kepada:

👉 kualiti essential oil yang digunakan.
👉 essential oil yang betul dipilih untuk digunakan bagi kondisi tersebut,
👉 penggunaan essential oil dengan kaedah yang betul dan tepat,
👉 dos (kuantiti) essential oil yang digunakan adalah sesuai.

Pendek kata, pilihlah essential oil yang anda dapat pastikan kualitinya dan dapatkan sokongan penggunaan dari sumber yang betul dan tepat.

Rujukan: Aromatherapy Practitioner Correspondence Course.