Sabtu, 21 Mac 2020

GRED TERAPUTIK? APAKAH ITU?



Ada yang mengatakan essential oil ini ada energi dan sebagainya sehingga membantu rawatan. Hal ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, jadi saya tidak gemar mengulas essential oil dari perspektif ini.

Namun, dari scientific investigation, banyak kajian telah dijalankan dan apabila dicari (dengan bersungguh-sungguh), kita akan dapati banyak scientific literature tentang kesan psikologikal minyak pati kepada tubuh badan kita.

Ada essential oil yang memberikan kesan kepada sistem saraf (nervous system), sistem pertahanan, sistem hormon dan sebagainya.

Beberapa essential oil memberikan ketenangan (sedative effect) seperti Lavender, Valerian.

Ada essential oil yang digunakan untuk stimulasi seperti Rosemary.

Selain itu kita tahu yang essential oil dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengan rawatan herba serta remedi homeopati.

Walaupun ketiganya berasaskan tumbuhan dan barangkali pokok yang sama, dari segi teori dan perlaksanaanya, ketiga-tiga penggunaanya berbeza. Bukan itu sahaja, manfaat dan kesan yang terhasil dari pengunaan juga berbeza-beza.

Bahkan, metabolisme setiap essential oil juga tidak sama. Ini bermakna, satu minyak pati tertentu saya gunakan keatas diri saya dan ia berkesan. Tetapi, ia mungkin tidak berkesan kepada anda walaupun anda mempunyai kondisi sama seperti saya.

Ah, rumit kan? Fikirkan begini, penggunaan essential oil ini sangat individual.

Keberkesanan penggunaan essential oil bergantung kepada:

👉 kualiti essential oil yang digunakan.
👉 essential oil yang betul dipilih untuk digunakan bagi kondisi tersebut,
👉 penggunaan essential oil dengan kaedah yang betul dan tepat,
👉 dos (kuantiti) essential oil yang digunakan adalah sesuai.

Pendek kata, pilihlah essential oil yang anda dapat pastikan kualitinya dan dapatkan sokongan penggunaan dari sumber yang betul dan tepat.

Rujukan: Aromatherapy Practitioner Correspondence Course.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan