Memaparkan catatan dengan label harga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harga. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2020

Kenapa harga Minyak Pati keluaran lain ada yang lebih murah?

Antara sebab kenapa harga minyak pati keluaran lain lebih murah adalah:-

1. Bahan mentahnya mungkin lebih murah kerana didapati dari pasaran awam.

2. Kos pembuatannya murah.


Bagaimana kosnya dapat dikurangkan?

1. Jika pengurusan ladang tersebut menggunakan racun, akan ada lebih banyak tanaman dapat diselamatkan dari haiwan perosak. Maka banyak tanaman yang boleh dituai dan disuling. .

2. Apabila pelarut kimia digunakan semasa proses penyulingan, lebih banyak minyak pati dapat diekstrak.

3. Apabila minyak pati dicairkan dengan minyak pembawa, lebih banyak botol dapat dihasilkan.


Jadi, beginilah cara sebahagian minyak pati dihasilkan oleh Young Living.


  • 60 ribu kuntum bunga Ros diperlukan untuk menghasilkan 1 auns minyak pati Ros.
  • 22 kaki persegi lavender menghasilkan 1 botol 15ml minyak pati lavender.
  • Jasmin dipetik dengan tangan sebelum matahari terik pada hari pertama ia mekar dan berkembang. Jasmin merupakan antara minyak pati yang mahal apabila dijual. 8 juta kuntum Jasmin yang dipetik secara manual menghasilkan 2.2 paun minyak pati.
  • Pokok sandalwood mesti berusia 30 tahun dan 30 kaki tinggi sebelum ia boleh dipotong untuk diproses.
  • Minyak Pati Young Living yang dibotolkan dalam botol 5ml mengandungi lebih kurang 90 titis.
  • Botol 15ml pula mengandungi anggaran 250 titis. 



Kenapa pula kuantiti minyak pati sedikit dan dibotolkan dalam botol 5ml dan 15ml sahaja?


Apabila kita memilih menggunakan minyak pati Young Living, biasanya hanya perlukan 1-3 titis sahaja setiap kali penggunaan kerana ia memang minyak pati pure 100%. 

Setiap botol boleh bertahan untuk 45 - 90 kali guna.

Inilah nilai setiap botol yang dibayar oleh anda untuk mendapatkan minyak Pati Young Living.