Memaparkan catatan dengan label sejarah young living. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah young living. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2020

Bagaimana Young Living Bermula?

Young Living dimulakan oleh Gary Young dan Mary Young isterinya pada tahun 1995.
Gary Young telah ditimpa kemalangan dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa beliau akan terpaksa bergantung kepada bantuan kerusi roda seumur hidupnya.
Beliau tidak mahu menerima hakikat itu dan yakin ada cara untuk beliau mengembalikan kekuatan dan kesihatannya. 
Itulah motivasi beliau untuk mendalami dan mencari maklumat lanjut mengenai Minyak Pati.
Semangat dan minat yang mendalam terhadap minyak pati membawa beliau mengembara dan mempelajari mengenai tumbuhan dan kaedah penghasilan minyak pati. Ilmu sains moden menyempurnakan kaedah penanaman, penuaian, penyulingan dan pengujian minyak pati.
Hasilnya, Young Living menawarkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat kepada semua orang.
Keberadaaan Young Living dalam industri minyak pati selama lebih kurang 20 tahun memberikan banyak kelebihan kepada Young Living. Pangkalan data lengkap mengenai setiap tumbuhan dan penghasilan minyak pati menjadi sumber berharga bagi penghasilan minyak pati yang berkualiti tinggi.