Memaparkan catatan dengan label lifestyle young living. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lifestyle young living. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2020

Bagaimana Young Living Bermula?

Young Living dimulakan oleh Gary Young dan Mary Young isterinya pada tahun 1995.
Gary Young telah ditimpa kemalangan dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa beliau akan terpaksa bergantung kepada bantuan kerusi roda seumur hidupnya.
Beliau tidak mahu menerima hakikat itu dan yakin ada cara untuk beliau mengembalikan kekuatan dan kesihatannya. 
Itulah motivasi beliau untuk mendalami dan mencari maklumat lanjut mengenai Minyak Pati.
Semangat dan minat yang mendalam terhadap minyak pati membawa beliau mengembara dan mempelajari mengenai tumbuhan dan kaedah penghasilan minyak pati. Ilmu sains moden menyempurnakan kaedah penanaman, penuaian, penyulingan dan pengujian minyak pati.
Hasilnya, Young Living menawarkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat kepada semua orang.
Keberadaaan Young Living dalam industri minyak pati selama lebih kurang 20 tahun memberikan banyak kelebihan kepada Young Living. Pangkalan data lengkap mengenai setiap tumbuhan dan penghasilan minyak pati menjadi sumber berharga bagi penghasilan minyak pati yang berkualiti tinggi.

Tawaran Dan Jaminan Seed to Seal

Apakah kelebihan produk Young Living sehingga ia sesuai digunakan untuk semua orang?
Young Living menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Minyak Pati, Rangkaian Thieves untuk pembersihan, Makanan Nutrisi, Kesihatan dan Kecergasan serta Penjagaan Diri.


Jaminan Seed to Seal Young Living menawarkan keyakinan bahawa minyak pati yang dihasilkan adalah tulen tanpa campuran bahan sintetik yang mengganggu sinergi dan keberkesanannya.
Kesemua produk Young Living di'infuse' dengan minyak pati untuk memastikan pengguna mendapat manfaat minyak pati dalam apa jua produk yang digunakan.
Young Living bukan sekadar produk semata-mata. Ia adalah lifestyle atau cara hidup. Terdapat anggaran 200 minyak pati dan 400 produk untuk menambah nilai kehidupan anda.
Saranan penggunaan minyak pati bukanlah berfokus pada rawatan penyakit sebaliknya menjurus kepada cara membantu menyokong kesejahteraan tubuh badan.
Pilih sahaja. Pasti ada sesuatu untuk anda.