Selasa, 4 Februari 2020

3W : Women, Wealth & Wellness Di Johor Bahru Februari 2020



Jemputan khas buat oilers Young Living di Johor Bahru:



3W : WOMEN, WEALTH & WELLNESS




==========

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Memperkasakan wanita tentang cara menjaga kesihatan diri supaya kekal sihat untuk menjaga keluarga dan bekerja

2. Memperkasakan wanita tentang cara menambahkan pendapatan melalui perniagaan Young Living demi mencapai matlamat kebebasan kewangan (financial freedom) diri dan keluarga






==========

BILA & DIMANA?

Tarikh :8hb Februari 2020, Sabtu
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Dewan Seminar Munsyi,
Taman Adda Height (bersebelahan dengan Minds Champs Preschool/di atas 7E)
242-02, Jalan Adda 7,Taman Adda Heights,
Johor Bahru, Johor.

==========

APA TENTATIF PROGRAM?



SESI PAGI 9.30am-1.30pm
The Magic Numbers of Young Living Business
- power of ONE
- Help 2 : sharing made simple
- Three for FREE
- Your 4 Story
- DIY stone diffuser




SESI PETANG 2.30pm-5pm
Protecting Your DNA : Antioxidant and Essential Oils
- antioxidant & antiaging
- antioxidant & antiinflammatory
- DIY Roll-On Recipes To protect your DNA
- Demo Red Drink & Red Berry Smoothies


==========

BERAPA YURANNYA?

1. Yuran istimewa untuk ahli Young Living yang bernaung di bawah organisasi 6th Scents Wellness dan Team Mak Minyak

SESI PAGI : RM30/seorang
SESI PETANG : RM30/seorang
PAGI + PETANG : RM50 sahaja (diskaun RM10)

2. Untuk anda yang belum menjadi ahli dan tidak bernaung di bawah organisasi 6th Scents Wellness dan Team Mak Minyak

SESI PAGI : RM50/seorang
SESI PETANG : RM30/seorang
PAGI + PETANG : RM80 (tiada diskaun)

============

CARA NAK MENDAFTAR? :

Google form : http://bit.ly/3WJB8FEB

atau WhatsApp :
www.wasap.my/0126031421 (azurah)
www.wasap.my/01128678486 (haida)
www.wasap.my/0139798897 (shida)

Bagaimana Young Living Bermula?

Young Living dimulakan oleh Gary Young dan Mary Young isterinya pada tahun 1995.
Gary Young telah ditimpa kemalangan dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa beliau akan terpaksa bergantung kepada bantuan kerusi roda seumur hidupnya.
Beliau tidak mahu menerima hakikat itu dan yakin ada cara untuk beliau mengembalikan kekuatan dan kesihatannya. 
Itulah motivasi beliau untuk mendalami dan mencari maklumat lanjut mengenai Minyak Pati.
Semangat dan minat yang mendalam terhadap minyak pati membawa beliau mengembara dan mempelajari mengenai tumbuhan dan kaedah penghasilan minyak pati. Ilmu sains moden menyempurnakan kaedah penanaman, penuaian, penyulingan dan pengujian minyak pati.
Hasilnya, Young Living menawarkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat kepada semua orang.
Keberadaaan Young Living dalam industri minyak pati selama lebih kurang 20 tahun memberikan banyak kelebihan kepada Young Living. Pangkalan data lengkap mengenai setiap tumbuhan dan penghasilan minyak pati menjadi sumber berharga bagi penghasilan minyak pati yang berkualiti tinggi.

Tawaran Dan Jaminan Seed to Seal

Apakah kelebihan produk Young Living sehingga ia sesuai digunakan untuk semua orang?
Young Living menawarkan pelbagai rangkaian produk dari Minyak Pati, Rangkaian Thieves untuk pembersihan, Makanan Nutrisi, Kesihatan dan Kecergasan serta Penjagaan Diri.


Jaminan Seed to Seal Young Living menawarkan keyakinan bahawa minyak pati yang dihasilkan adalah tulen tanpa campuran bahan sintetik yang mengganggu sinergi dan keberkesanannya.
Kesemua produk Young Living di'infuse' dengan minyak pati untuk memastikan pengguna mendapat manfaat minyak pati dalam apa jua produk yang digunakan.
Young Living bukan sekadar produk semata-mata. Ia adalah lifestyle atau cara hidup. Terdapat anggaran 200 minyak pati dan 400 produk untuk menambah nilai kehidupan anda.
Saranan penggunaan minyak pati bukanlah berfokus pada rawatan penyakit sebaliknya menjurus kepada cara membantu menyokong kesejahteraan tubuh badan.
Pilih sahaja. Pasti ada sesuatu untuk anda.

Senarai Ladang Young Living Seed to Seal

Demi memastikan Seed to Seal kekal terjamin, Young Living komited mendedikasikan masa, sumber dan kepakaran dalam pengurusan ladang-ladangnya di serata dunia.

Terdapat beberapa ladang yang memang hakmilik Young Living manakala banyak ladang lagi yang dikerjakan secara koperasi dan perkongsian. Kawalan ketat keatas bekalan dan sumber dibuat supaya kualiti hasil akhirnya sentiasa menepati piawaian.




Chief Supply Officer Young Living, Lauren Walker serta pasukannya sangat mendokong misi dan visi Young Living. Dalam beberapa siri taklimat mengenai Bekalan dan Sumber, beliau berkongsi mengenai pasukannya yang tidak berhenti bekerja mencari bekalan yang tiptop bagi penghasilan minyak pati dan produk-produk lain Young Living.


Antara Ladang-ladang Young Living sehingga 2019 adalah seperti berikut:-



  • Whispering Spring Farm di Mona, Utah (Lavender)
  • Skyrider Wildernes Ranch, Tabiona, Utah (Einkorn)
  •  St. Maries Lavender Farm, Idaho, Utah (Lavender)
  • Highland Flats Tree Farm, Naples, Idaho (Blue Spruce - Winter Harvest, Spring Planting Project)
  • Northern Light Farm, Fort Nelson, Canada (Northern Light Black Spruce)
  • Kona Sandalwood Reforestration Project, Hawaii (Sandalwood)
  • Finca Botanica Farm, Equador
  • Simiane-La-Rotonde, France (Lavender)
  • Dalmatia Aromatic Farm, Split, Croatia (Helichrysum)
  • Arabian Frankincense Distillery, Muscat, Oman (Frankincense, Sacred frankincense)
  • Maydi Frankincense Distillery, Dubai (Frankincense, Myrhh)
  • Taiwan Cooperative Farm, Taitun, Taiwan
  • Outback Botanical Reserve, Darwin, Australia (Cypress)
  • Quintis Sandalwood Farm, Perth, Australia (Sandalwood)
  • Finca Victoria Farm—Ciudad Victoria, Mexico (Grapefruit. Lime)
  • Labbeemint Partner Distillery (Peppermint)



Nota: maklumat diperoleh dari Laman Web Rasmi Young Living. Sah pada tarikh 3 Januari 2020

Kenapa harga Minyak Pati keluaran lain ada yang lebih murah?

Antara sebab kenapa harga minyak pati keluaran lain lebih murah adalah:-

1. Bahan mentahnya mungkin lebih murah kerana didapati dari pasaran awam.

2. Kos pembuatannya murah.


Bagaimana kosnya dapat dikurangkan?

1. Jika pengurusan ladang tersebut menggunakan racun, akan ada lebih banyak tanaman dapat diselamatkan dari haiwan perosak. Maka banyak tanaman yang boleh dituai dan disuling. .

2. Apabila pelarut kimia digunakan semasa proses penyulingan, lebih banyak minyak pati dapat diekstrak.

3. Apabila minyak pati dicairkan dengan minyak pembawa, lebih banyak botol dapat dihasilkan.


Jadi, beginilah cara sebahagian minyak pati dihasilkan oleh Young Living.


  • 60 ribu kuntum bunga Ros diperlukan untuk menghasilkan 1 auns minyak pati Ros.
  • 22 kaki persegi lavender menghasilkan 1 botol 15ml minyak pati lavender.
  • Jasmin dipetik dengan tangan sebelum matahari terik pada hari pertama ia mekar dan berkembang. Jasmin merupakan antara minyak pati yang mahal apabila dijual. 8 juta kuntum Jasmin yang dipetik secara manual menghasilkan 2.2 paun minyak pati.
  • Pokok sandalwood mesti berusia 30 tahun dan 30 kaki tinggi sebelum ia boleh dipotong untuk diproses.
  • Minyak Pati Young Living yang dibotolkan dalam botol 5ml mengandungi lebih kurang 90 titis.
  • Botol 15ml pula mengandungi anggaran 250 titis. 



Kenapa pula kuantiti minyak pati sedikit dan dibotolkan dalam botol 5ml dan 15ml sahaja?


Apabila kita memilih menggunakan minyak pati Young Living, biasanya hanya perlukan 1-3 titis sahaja setiap kali penggunaan kerana ia memang minyak pati pure 100%. 

Setiap botol boleh bertahan untuk 45 - 90 kali guna.

Inilah nilai setiap botol yang dibayar oleh anda untuk mendapatkan minyak Pati Young Living.

Khamis, 30 Januari 2020

Berapa kos nak jadi ahli Young Living?

Saya banyak kali mendapat soalan ini,  berapa kos nak jadi ahli Young Living?

Begini, untuk beli eo atau produk Young Living, boleh beli sahaja dari website YL. 

Akan diminta create account, macam anda create akaun shopee, lazada. Kemudian belilah dengan harga Retail.

Cuma, jika inginkan penjimatan (serta rewards dan gifts dan free items ~ juga cash rewards), belilah mana-mana kit dibawah, dan automatik anda jadi ahli wholesale young living.

Jika mahu essential oils, beli Premium Set Kit Oils.




Ada juga kit untuk Ningxia Red, pilih Premium Set Kit Ningxia.




Untuk yang suka membersihkan rumah dan mahu bertukar dari harsh chemical, pilih Premium Set Kit Thieves.

Inshaa Allah lambat laun akan ada Premium Set Kit untuk yang suka mencantikan diri sendiri melalui Premium Set Kit Savvy Minerals. Cuma belum masuk Malaysia.

Baik, soalan seterusnya? 
What’s the catch? 
Bagaimana hendak maintain dapat harga wholesale yang murah 24% dari harga retail?

Sepanjang setahun, belilah barangan dengan nilaian 100 points value. Lebih kurang dalam setahun, beli 4 botol Lavender EO, atau 10 tiub ubat gigi Thieves. Keahlian akan kekal lagi untuk setahun dan seterusnya.

Tapi saya tak suka cari orang, jual barang.

Eh, berkongsi manfaat eo dan barangan Young Living ini optional. Macam anda makan di kedai yang sedap dan kemudian share di fb. 

Nak kongsi, buatlah. Jika tak mahu, tak perlu. Cumanya, barang baik, jangan simpan sorang-sorang 

Paling penting, semasa nak daftar jadi member untuk dapatkan harga wholesale, anda diminta untuk isi ruangan siapa yang perkenalkan eo kepada anda. 

Dibiar kosong pun boleh. Tetapi jika diisi dengan nombor id saya, #2904692 #sissuka.

Dengan pantas dan tuntas saya akan masukkan anda dalam radar dan semua soalan dan sokongan untuk guna barangan Young Living, saya akan bantu. #siscubalagi

Nah sis payung link okey




PENGENALAN KIMIA DALAM ESSENTIAL OIL



Berikut adalah maklumat ringkat mengenai constituents kimia dalam essential oil dan ciri-cirinya. 
Semoga ia memberi kita sedikit panduan semasa memilih minyak pati yang sesuai untuk kegunaan terapeutik. 

🧪Alkohol: 
Anti-infections, analgesic, antibacterial, antiviral, stimulating. 
Tiada ciri toksik, rendah risiko iritasi pada kulit. 
Contoh EO: Lavender, Clary Sage, Tea tree, Peppermint.
.
🧪Aldehydes:
Antiviral, anti-radang, menenangkan sistem saraf, hypotensor, vasilodator, antipyretic, sedatif
Mengakibatkan sensitiviti pada kulit jika digunakan berlebihan, secara tidak wajar. 
Contoh: Lemongrass, Citronella, Lemon Myrtle, Melissa
.
🧪Esters:
Antifungal, anti-radang, antispasmodic, cicatrizant (membantu membentuk tisu parut dan menyembuhkan luka), menenangkan dan tonik. 
Mesra pengguna kecuali Wintrgreen dan Birch dengan methyl salicylate > 90%.
Contoh: Lavender, Geranium, Roman Chamomile.
.
🧪Ethers:
Antispasmodic, analgesic, antimicrobial. 
Dalam dos yang tinggi, boleh mengakibatkan kesan neurotoksik 
Contoh: Tarragon, Basil, Clove Bud, Aniseed, Fennel
.
🧪Ketones:
Cicatrizant (membantu membentuk tisu parut dan menyembuhkan luka), lipolytic (penguraian kimia lemak), mucolytic (memecahkan rembesan mukus), sedatif. 
Gunakan dengan berhati-hati, boleh terkumpul didalam hati, mempunyai ketahanan metabolisma. 
Contoh: Sage, Rosemary - Verbenone Chemotype, Jasmine, Helichrysum.
.
🧪Lactones:
Analgesic, sedatif, anti-radang. 
Mengakibatkan sensitiviti kulit. Biasanya cuma hadir pada essential oil tahap rendah.
.
🧪Monoterpenes:
Paling selamat dan bermanfaat dalam semua constituent. 
Antiseptic, anibacterial, antifungal, antiviral. 
Rendah toksik. 
Contoh: Lavender, Peppermint, Tea Tree.
.
🧪Oxides: 
Manfaat pada pernafasan, merangsang diafragma, membuka ruang udara, mencairkan kahak dan lendiran, mucolytic, anti-radang. 
Gunakan berhati-hati pada kulit terutamanya pada kanak-anak. 
Contoh: Eucaplytus.
.
🧪Phenols: 
Antiseptic, bacterial, merangsang sistem saraf dan sistem imun, mengaktifkan proses penyembuhan semulajadi badan 
Boleh menyebabkan iristasi pada kulit,
Contoh: Oregano

🧪Psoralens (furucoumarins):
Isu ketoksikan cahaya (photo toxicity). 
Bergapten ditemui dalam Bergamot dan perlu dibuang terlebih dahulu sebelum digunakan dalam aromaterapi. 

🧪Sesquiterpenes:
Anti-radang, sedatif, bactericidal, mempunyai bauan yang lebih kuat, slight hypotensor. 
Oleh kerena ia terpenes, ia kan teroksida selepas tempoh tertentu kepada alkohol. 
Tidak toksik. 
Contoh: German chamomile, Sandalwood, Rose, Frankincense

Maklumat didapati dari booklet AIA (The Alliance of International Aromatherapists)

Sustainable green life

Saya ni tak lah rajin sangat tapi dalam hati memang ada niat dan azam untuk menjaga alam sekitar. 
Salah satu peranan Khalifah Allah ialah menjaga alam supaya dapat didiami oleh anak cucu kita di masa hadapan. 

Alhamdulillah, kawan-kawan pun ramai ada inisiatif yang sama, jadi taklah rasa keseorangan. Cuma bila tengok kawan maju, rasa aduh, lembapnya aku bertindak.

Tapi biar lembap dari langsung tak bergerak. Antara yang telah dimulakan adalah penggunaan sabun tanpa bahan kimia keras. Yang seronok sekali, ia dibuat sendiri. Minyak dapat diguna semula, plastik pembalut dapat dikurangkan, selamat pada badan dan juga keluarga, wahhh banyaknya manfaat.


Minyak terpakai saya simpan sehingga rajin hendak diproses. Jika tak rajin, bagikan sahaja pada yang lebih rajin.

Soap paste yang cantik, dicampur air boleh jadi soap liquid. Apabila sudah jadi soap liquid, macam-macam boleh dibuat. Ia seperti bahan asas untuk pelbagai resepi. 

Semasa saya panggil daily maid datang mengemas pun saya sediakan soap liquid ini dan Thieves Household Cleaner Young Living sahaja. Itulah yang diguna untuk basuh tandas, lap permukaan kaunter, mop, lap kipas dan banyak lagi. Yang penting skill membersih. Dan kita berlaku ihsan kepada tukang mencuci kerana tidak bahayakan dia dengan pewangi tiruan, bahan-bahan kimia keras semasa menggunakan peralatan yang kita sediakan.

Mandi pun saya dah guna sabun buatan sendiri ni. Kulit tak kering dan rengsa. Maknanya ok la kan? Bau pun tak ada. Sekarang saya sedang guna sabun Peppermint. Saya letak dalam foam bottle, bila picit keluar buih-buih. ðŸ™‚

Basuh baju pun kerap juga di rumah ini. Saya pernah guna sabun bulk botol 5l. Murah memang murah tapi saya tak tahan baunya. 

Kadang-kadang saya gunakan Thieves Laundry Soap, kecil tapi tahan lama juga. Ada hack untuk gandakan load.






Pernah juga saya beli laundry soap dari Sofia Azyze, di shoppee. Menariknya laundry soap Sofia bertekstur seperti serbuk. Apabila di masukkan dalam mesin, terus larut. 

Laundry soap juga antara yang saya belajar dari Zarah Al' Khadri. Sabun basuh baju zarah pun special juga. Macam slime. Mudah dibuat sendiri. Yang penting ada liquid soap sebagai base.

Kadang-kadang saya tambah Essential Oil. EO pun pekat, jadi tak perlu banyak untuk dapat aroma yang diingini. Minggu ini bau Lavender. Batch seterusnya eo yang lain pula.

Sabun basuh pinggan saya gunakan sabun buku berbentuk snowflakes (kau ada? heheh). Cuma sabun ni kurang buih, perlu masa adjustment untuk biasakan diri. Bersih memang bersih. 

Kalau orang Jitra/ Loqstaq/Kangaq busy (baca: malas) macam saya, tipsnya ialah cari kawan rajin macam Nurul Fauzana dan Norashida Abd Rahman (shida mak minyak). Mereka ni bukan sahaja rajin, malah produktif. Beli sahaja dari mereka.

Untuk guna yang sudah sedia selamat dan berkesan, boleh cuba rangkaian Thieves :) Saya boleh bantu anda dapatkannya. 

Yang penting, BYOC. Bring your own container. )

Rabu, 29 Januari 2020

Young Living Independent Distributor di Jitra, Kedah

Lupa saya nak cerita, sudah setahun saya di Kedah. Jitra secara khususnya. Bolehlah cakap loghat Utagha la ni :)

Bagi yang belum mengenali saya, saya adalah Gold Leader (pernah hit Platinum tahun lepas, inshaa Allah usaha lagi tahun ini).

Saya sudah gunakan essential oil Young Living semenjak 2015 lagi. Masha Allah, banyak manfaat dan kebaikan sudah saya terima secara fizikal dan emosi, juga dari sudut financial (kewangan) berasbabkan Young Living. Semua ini tiada daya dan kuasa saya melainkan kuasa Allah Azza Wa Jal semata-mata.



Mahu tahu bagaimana bau Lavender, Peppermint, Lemon, Northern Light Blue Spruce, Rose essential oil Young Living ini? Bagaimana ia berbeza dari jenama yang lain?

Mai la office kami di Jitra, Taman Tunku Intan Safinaz. Dekat sangat dengan Taman Tunku Intan Sarina, Tasik Darul Aman, Darul Aman Heights, dan sewaktu dengannya.

Jika nak jumpa di Alor Setar pun boleh, Kodiang pun kami pi. Laluan hari-hari.

Jadi apa lagi, boleh whatsapp 0126031421 atau lawati Facebook 6th Scents Wellness atau cari di Instagram 6th Scents.

Kita borak minyak. Bagi jadi :)

Selasa, 5 Februari 2019

Promo Buat Ahli Young Living Bulan Februari 2019



Berikut adalah 3 essential oil yang didapati secara PERCUMA dalam Promo Young LIving pada bulan Februari 2019.

Digize sangat sesuai untuk sokongan penghadaman. Ia juga sesuai diguna apabila loya-loya pada minggu-minggu awal kehamilan. Selain itu, ia boleh digunakan untuk menghapuskan parasit pada tubuh badan kita dan haiwan peliharaan untuk memastikan kesejahteraan usus dan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Sensation biasanya diguna untuk menyokong aktiviti seksual dan juga membangkitkan perasaan cinta kepada diri sendiri dan pasangan. Itu adalah fitrah manusia yang perlu dipenuhi. Selain itu, ia boleh digunakan untuk menyokong kulit yang sihat, cantik dan bermaya.

Harmony boleh didapati dari pembelian Standard Order dan Essential Reward 400pv dan keatas. Harmony sangat sesuai digunakan untuk membantu menyeimbangkan perasaan, menghilangkan stress, membebaskan hambatan emosional dengan lembut. Dengan itu, kita akan kembali rasional dan boleh mengendalikan hidup kita.

Ia juga sangat sesuai digunakan untuk membantu gangguan kimia dalam badan yang dizahirkan melalui gatal-gatal kulit, ruam dan sebagainya.


Rancang pembelian anda supaya tidak terlepas peluang mendapatkan ketiga-tiga essential oil ini dengan percuma.

Last Chance to Get Premium Set Kit at RM713



i cannot let this news passed without sharing with others. Young Living priced is revised and new pricelist will take effect come 15th February 2019.
I have been using Young Living for 4 years now. I didn't start to do the business. I was looking for an alternative way to support wellness for myself and my family.
Long story cut short, we are truly blessed that i had my first kit. Essential oils support physical, emotional and mental health. 
I know the information could be overwhelming, especially for those who are new to aromatherapy. You can use it aromatically (by diffusing or inhaling) and topically (imagine applying cream, balm and oils on our body).
You want to find a distributor who can help you to use the oils for optimum result, guide you on the safety part and making sure your investment is worthwhile.
I am your oil lady. Allow me to support your journey with essential oil.
This is your last time to get the Premium Set Kit for rm713. You will also get special gift from 6th Scents when you get your kit.
Contact me today. I am waiting anticipatingly.