Memaparkan catatan dengan label thieves household cleaner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label thieves household cleaner. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2020

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah: Ahmad Anak Bujang Bijak

#MCKxYLEOseries oleh @oilyriffic


Mak Cik Kiah naik angin. Lepas makan semua orang tinggal saja pinggan dalam sinki.

“Aku dah masakkan, kemas pun tak mahu. Takkan semua aku nak buat?”.

Anak Mak Cik Kiah pandang saja ibunya dari kejauhan. Bebel panjang Mak Cik Kiah.

Lambat-lambat dia angkat punggung dan berjalan menuju ke Mak Cik Kiah yang masih pung pang pung pang di dapur.

“Walaupun Ahmad belum kahwin, Ahmad tahu pencuci yang mak sediakan ini banyak bahan kimia keras. Tak elok diguna jangka masa panjang, mak.” kata anak Mak Cik Kiah.



“Nah, Ahmad belikan pencuci pinggan Thieves. Bukan sahaja bersih, mak. Makin lama diguna, tangan pun jadi lembut.”

“Kan Abah bila basuh pinggan, selalu tertinggal sisa sabun. Kemudian kita guna pinggan tu buat makan. Sakit perut dibuatnya. Guna yang ini, insha Allah tak mudarat. Tak ada racun bahaya. Tak ada bahan tiruan", sambung Ahmad lagi.

“Wah! Mana kau dapat duit ni?”, tanya Mak Cik Kiah.

Tu, duit Ahmad-lah. PM kan bagi bantuan RM800 untuk lelaki bujang macam Ahmad. Tapi Ahmad tak guna duit yang itu. Ahmad memang bulan-bulan sudah ada budget beli barangan baik untuk kesejahteraan keluarga kita”, jelas Ahmad.

“Kalau begitu, nah kau cuci pinggan ni. Nanti kan kulit kau jadi lembut juga”, usik Mak Cik Kiah.

Dalam keterpaksaan, Ahmad selesaikan pinggan mangkuk yang tersisa.

“Jangan lupa mop lantai dan lap meja sekali, Thieves Household Cleaner tu, campur dengan air. Tak perlu guna banyak-banyak. Jimat sekali.” Laung Mak Cik Kiah dari kejauhan.

“Nasib baik wangi, terpaksa pun aku rela”, kata Ahmad seorang diri.

Pencuci Pinggan Thieves berharga RM64.50 manakala Pencuci Rumah Thieves RM64.50 untuk semua ahli Young Living Malaysia.

Khamis, 30 Januari 2020

Sustainable green life

Saya ni tak lah rajin sangat tapi dalam hati memang ada niat dan azam untuk menjaga alam sekitar. 
Salah satu peranan Khalifah Allah ialah menjaga alam supaya dapat didiami oleh anak cucu kita di masa hadapan. 

Alhamdulillah, kawan-kawan pun ramai ada inisiatif yang sama, jadi taklah rasa keseorangan. Cuma bila tengok kawan maju, rasa aduh, lembapnya aku bertindak.

Tapi biar lembap dari langsung tak bergerak. Antara yang telah dimulakan adalah penggunaan sabun tanpa bahan kimia keras. Yang seronok sekali, ia dibuat sendiri. Minyak dapat diguna semula, plastik pembalut dapat dikurangkan, selamat pada badan dan juga keluarga, wahhh banyaknya manfaat.


Minyak terpakai saya simpan sehingga rajin hendak diproses. Jika tak rajin, bagikan sahaja pada yang lebih rajin.

Soap paste yang cantik, dicampur air boleh jadi soap liquid. Apabila sudah jadi soap liquid, macam-macam boleh dibuat. Ia seperti bahan asas untuk pelbagai resepi. 

Semasa saya panggil daily maid datang mengemas pun saya sediakan soap liquid ini dan Thieves Household Cleaner Young Living sahaja. Itulah yang diguna untuk basuh tandas, lap permukaan kaunter, mop, lap kipas dan banyak lagi. Yang penting skill membersih. Dan kita berlaku ihsan kepada tukang mencuci kerana tidak bahayakan dia dengan pewangi tiruan, bahan-bahan kimia keras semasa menggunakan peralatan yang kita sediakan.

Mandi pun saya dah guna sabun buatan sendiri ni. Kulit tak kering dan rengsa. Maknanya ok la kan? Bau pun tak ada. Sekarang saya sedang guna sabun Peppermint. Saya letak dalam foam bottle, bila picit keluar buih-buih. ðŸ™‚

Basuh baju pun kerap juga di rumah ini. Saya pernah guna sabun bulk botol 5l. Murah memang murah tapi saya tak tahan baunya. 

Kadang-kadang saya gunakan Thieves Laundry Soap, kecil tapi tahan lama juga. Ada hack untuk gandakan load.






Pernah juga saya beli laundry soap dari Sofia Azyze, di shoppee. Menariknya laundry soap Sofia bertekstur seperti serbuk. Apabila di masukkan dalam mesin, terus larut. 

Laundry soap juga antara yang saya belajar dari Zarah Al' Khadri. Sabun basuh baju zarah pun special juga. Macam slime. Mudah dibuat sendiri. Yang penting ada liquid soap sebagai base.

Kadang-kadang saya tambah Essential Oil. EO pun pekat, jadi tak perlu banyak untuk dapat aroma yang diingini. Minggu ini bau Lavender. Batch seterusnya eo yang lain pula.

Sabun basuh pinggan saya gunakan sabun buku berbentuk snowflakes (kau ada? heheh). Cuma sabun ni kurang buih, perlu masa adjustment untuk biasakan diri. Bersih memang bersih. 

Kalau orang Jitra/ Loqstaq/Kangaq busy (baca: malas) macam saya, tipsnya ialah cari kawan rajin macam Nurul Fauzana dan Norashida Abd Rahman (shida mak minyak). Mereka ni bukan sahaja rajin, malah produktif. Beli sahaja dari mereka.

Untuk guna yang sudah sedia selamat dan berkesan, boleh cuba rangkaian Thieves :) Saya boleh bantu anda dapatkannya. 

Yang penting, BYOC. Bring your own container. )