Memaparkan catatan dengan label mak cik kiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mak cik kiah. Papar semua catatan

Rabu, 15 April 2020

Siri Bercakap dengan Mak Cik Kiah: Mak Cik Kiah Basuh Baju Pula

Ohoi Kisah Mak Cik Kiah datang lagi.


Semenjak dua menjak ni Mak Cik Kiah suka berkebun. Yelah, PKP ni kan, apa lagi nak buat. Nasib baik rumah Mak Cik Kiah ada tanah sekangkang kera. Dulu-dulu tak sempat nak tanam apa-apa, asyik sibuk keluar masuk rumah.
Setiap pagi, selepas kelas Tafsir pertama, Mak Cik Kiah keluar sekejap cangkul tanah. Vitamin D dan sinaran matahari sangat bagus buat kita, duduk terperap dalam rumah lama-lama boleh buat kita rasa semakin down.
Menebas sikit guna sabit, mencangkul lubang untuk alihkan anak pokok, cabut rumput dan akhirnya siram pokok bunga. Fuh, berpeluh Mak Cik Kiah. Ketibas jadinya. Kain batik Mak Cik Kiah pun bertanda-tanda kena tanah.
Mak Cik Kiah masuk rumah hendak mandi dan kemudian basuh baju. Ternampak baju Ahmad yang direndam selepas diguna untuk keluar beli barang tadi di pasar. Mak Cik Kiah senyum sendiri. Kerap Ahmad mandi dan tukar baju sekarang semenjak COVID-19.

Mak Cik Kiah pilih untuk menggunakan Sabun Laundry Thieves. Sabun ini tiada bahan kimia keras. Bau sodap, kotor pun hilang.

Terngiang-ngiang pesanan kawan Mak Cik Kiah semasa bersembang, "Bila kita guna pencuci wangi tetapi guna pewangi buatan ni, kita dedahkan persekitaran rumah dan penghuni rumah dengan bau toxin, Kiah. Kemudian baju tu dipakai, sudahnya kita bau sepanjang-panjang masa".



Bila Mak Kiah komplen tentang saiznya yang kecil, kawan Mak Cik Kiah kata,
"Laundry soap memang kecil tapi pekat, kiah oil. Boleh basuh sehingga 65 kali basuhan. Ni haa, botol tupperware untuk perbandingan saiz."
Sepanjang Mak Cik Kiah guna,dia sangat suka kerana tak ada bau menyusuk hidung. Laundry detergent biasanya ada bau chemical yang walaupun wangi tapi memudaratkan. Kemudian baki-baki sabun akan kekal di baju dan boleh merengsakan kulit. Kalau keluarga yang ada eczema dan isu kuit lain, pasti lebih susah jadinya.


Oleh kerana suami Mak Cik Kiah bawa Grab, dia suka bajunya wangi. Nanti dalam kereta orang pun rasa selesa. Jadi dalam bilasan terakhir, Mak Cik Kiah masukkan EO Lemon untuk bau lebih harum. Siapa memakai baju basuhan Mak Cik Kiah akan jadi macam diffuser bergerak.




Tersenyumlah Mak Cik Kiah seorang diri, menikmati bauan aromaterapi dari basuhan bajunya sendiri.

Sabtu, 11 April 2020

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah: Tidur Lena dan Berkualiti Kunci Kesihatan Diri



Mak Cik Kiah bangun pagi dengan segar sekali. Alhamdulillah.

Dia tidak lupa mengucap syukur kepada Allah, yang telah menghidupkannya sesudah mati (tidur) lalu dibacakan doa sejurus bangun tidur.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”



Mak Cik Kiah tahu betapa pentingnya kerehatan dan betapa Allah swt telah menciptakan malam untuk manusia berehat dari bekerja.

Tidur yang tidak cukup dan tidak berkualiti boleh menjadi faktor kepada kebocoran sistem imun badan dan akhirnya boleh membawa kepada keletihan, stress, depressi, kegemukan, kurang seri pada wajah dan merendahkan keupayaan semulajadi badan untuk menentang penyakit. 


MCKxYLEOseries oleh Oilyriffic
Mak Cik Kiah sangat berhati-hati dengan ini. Jadi Mak Cik Kiah gunakan essential oil sebagai sokongan untuk tidur malam. 

Malam semalam Mak Cik Kiah diffuser Cedarwood dan Lavender EO dalam diffuser Feather The Owl didalam biliknya.

Cedarwood dikategorikan sebagai essential oil sedatif. Apabila kita dalam keadaan rehat dan tenang pada waktu malam, tubuh badan akan boleh menghasilkan melatonin atau hormon tidur. Seterusnya melatonin akan membantu kita mendapat tidur yang baik dan berkualiti.

Cedarwood juga Mak Cik Kiah sapu sedikit di kulit kepalanya. Rambut Mak Cik Kiah lambat beruban, malahan makin lebat juga.

Selain itu, Mak Cik Kiah juga pilih Lavender kerana ia mempunyai aroma yang harum dalam biliknya. Lavender juga merupakan essential oil sedatif. Disapu juga pada kulit sebagai urutan. Wah, terus rasa hendak ketiduran.

Bijak Mak Cik Kiah menjaga kesihatan luar dan dalaman.

Oleh kerana Mak Cik Kiah ahli Young Living, maka harga Cedarwood yang dibeli adalah RM51.50 manakala Lavender pula ialah RM109.50.

Jika anda mahu beli, tetapi belum ahli, harga Cedarwood adalah RM65.70, Lavender pula ialah RM144.00 manakala Diffuser Owl ialah RM294.50.

Anda mahu beli sendiri dua EO ini sahaja? Nah, Mak Cik Kiah berikan linknya.

https://bit.ly/ahliretail

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah: Ahmad Anak Bujang Bijak

#MCKxYLEOseries oleh @oilyriffic


Mak Cik Kiah naik angin. Lepas makan semua orang tinggal saja pinggan dalam sinki.

“Aku dah masakkan, kemas pun tak mahu. Takkan semua aku nak buat?”.

Anak Mak Cik Kiah pandang saja ibunya dari kejauhan. Bebel panjang Mak Cik Kiah.

Lambat-lambat dia angkat punggung dan berjalan menuju ke Mak Cik Kiah yang masih pung pang pung pang di dapur.

“Walaupun Ahmad belum kahwin, Ahmad tahu pencuci yang mak sediakan ini banyak bahan kimia keras. Tak elok diguna jangka masa panjang, mak.” kata anak Mak Cik Kiah.



“Nah, Ahmad belikan pencuci pinggan Thieves. Bukan sahaja bersih, mak. Makin lama diguna, tangan pun jadi lembut.”

“Kan Abah bila basuh pinggan, selalu tertinggal sisa sabun. Kemudian kita guna pinggan tu buat makan. Sakit perut dibuatnya. Guna yang ini, insha Allah tak mudarat. Tak ada racun bahaya. Tak ada bahan tiruan", sambung Ahmad lagi.

“Wah! Mana kau dapat duit ni?”, tanya Mak Cik Kiah.

Tu, duit Ahmad-lah. PM kan bagi bantuan RM800 untuk lelaki bujang macam Ahmad. Tapi Ahmad tak guna duit yang itu. Ahmad memang bulan-bulan sudah ada budget beli barangan baik untuk kesejahteraan keluarga kita”, jelas Ahmad.

“Kalau begitu, nah kau cuci pinggan ni. Nanti kan kulit kau jadi lembut juga”, usik Mak Cik Kiah.

Dalam keterpaksaan, Ahmad selesaikan pinggan mangkuk yang tersisa.

“Jangan lupa mop lantai dan lap meja sekali, Thieves Household Cleaner tu, campur dengan air. Tak perlu guna banyak-banyak. Jimat sekali.” Laung Mak Cik Kiah dari kejauhan.

“Nasib baik wangi, terpaksa pun aku rela”, kata Ahmad seorang diri.

Pencuci Pinggan Thieves berharga RM64.50 manakala Pencuci Rumah Thieves RM64.50 untuk semua ahli Young Living Malaysia.

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah PKP: Mak Cik Kiah Masak Siakap



Sudah tengahari, dia mahu makan. Mak Cik Kiah minta tolong anaknya masak.

Hendak masak apa ya hari ini? Dalam peti Mak Cik Kiah ada sebahagian lagi siakap yang disimpan baki masakan beberapa hari lepas.

Mak Cik Kiah google resepi. Wah boleh masak Siakap Halia Lemon.
Nah Mak Cik Kiah kongsikan resepi:

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
  • Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
  • Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.
  • Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
  • Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
  • Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.
  • Kukus kembali selama 5 minit.
  • Angkat dan hidangkan.




Tapi Mak Cik Kiah tiada halia dan Lemon lagi. Ketua keluarga belum pergi beli. Mak Cik Kiah gantikan dengan Ginger dan Lime Flavoring dari Young Living sahaja.

Setitis sahaja cukup menggetar rasa.



Tak cukup dengan itu, Mak Cik Kiah titiskan 2 titis Lime EO dalam sejag air dan sejukkan dalam peti ais.

Wah, selera benar makan tengahari Mak Kiah hari ini.

Harga perisa EO Young Living untuk ahli adalah:
Perisa EO Ginger RM61.00
Perisa EO Lime RM26.00
Perisa Eo Lemon RM28.00

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah PKP: Mak CIk Kiah Belajar Online


Siri Mak Cik Kiah dari Oilyriffic

Mak Cik Kiah ikuti kelas online hari ini.
Sudah hampir tengahari dan Mak Cik Kiah rasa penat. Mak Cik Kiah susah tidak boleh fokus lagi.



Mak Cik Kiah boleh diffuse Lime EO 3 titis dan Lemon EO 3 titis. Lime dan lemon baunya sangat menyegarkan. Ia dikategori dalam kumpulan aroma yang merangsang mereka yang menghidunya (stimulate).

Mak Cik Kiah boleh mengekalkan fokus dan konsentrasi dalam menghabiskan kelas online beliau.

Lime EO berharga RM73.50
Lemon EO pula berharga RM67.50.

Sekiranya anda membeli sendiri menggunakan akaun Young Living anda, anda jimat:
RM17.50 untuk Lime dan
RM16.00 untuk Lemon.

Tunggu lagi bagaimana Mak Cik Kiah menghadapi hari-hari PKP dengan essential oil Young Living.
#MCKxYLEOseries by Oilyriffic

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah PKP




Mak Cik Kiah kerja dari rumah. Hari demi hari demi hari, Mak Cik kiah rasa agak stress. Mak Cik selalu bekerja diluar, tapi persekitaran sama membuat Mak Cik Kiah rasa mandom dan bosan.

Mak Cik Kiah boleh diffuse Spearmint EO dan Orange EO untuk memberikan kelainan didalam rumah. Aromanya menyegarkan dan ada sedikit bau bubblegum.

Hari ini Mak Cik Kiah rasa lebih bersemangat dan ceria.

Orange EO dan Spearmint EO keduanya berharga rm65.50 setiap satu. Anda jimat RM15.50 sekiranya anda membeli sendiri menggunakan akaun Young Living anda.

Tunggu lagi bagaimana Mak Cik Kiah menghadapi hari-hari PKP dengan essential oil.

#MCKxYLEOseries oleh @oilyriffic