Sabtu, 11 April 2020

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah: Ahmad Anak Bujang Bijak

#MCKxYLEOseries oleh @oilyriffic


Mak Cik Kiah naik angin. Lepas makan semua orang tinggal saja pinggan dalam sinki.

“Aku dah masakkan, kemas pun tak mahu. Takkan semua aku nak buat?”.

Anak Mak Cik Kiah pandang saja ibunya dari kejauhan. Bebel panjang Mak Cik Kiah.

Lambat-lambat dia angkat punggung dan berjalan menuju ke Mak Cik Kiah yang masih pung pang pung pang di dapur.

“Walaupun Ahmad belum kahwin, Ahmad tahu pencuci yang mak sediakan ini banyak bahan kimia keras. Tak elok diguna jangka masa panjang, mak.” kata anak Mak Cik Kiah.



“Nah, Ahmad belikan pencuci pinggan Thieves. Bukan sahaja bersih, mak. Makin lama diguna, tangan pun jadi lembut.”

“Kan Abah bila basuh pinggan, selalu tertinggal sisa sabun. Kemudian kita guna pinggan tu buat makan. Sakit perut dibuatnya. Guna yang ini, insha Allah tak mudarat. Tak ada racun bahaya. Tak ada bahan tiruan", sambung Ahmad lagi.

“Wah! Mana kau dapat duit ni?”, tanya Mak Cik Kiah.

Tu, duit Ahmad-lah. PM kan bagi bantuan RM800 untuk lelaki bujang macam Ahmad. Tapi Ahmad tak guna duit yang itu. Ahmad memang bulan-bulan sudah ada budget beli barangan baik untuk kesejahteraan keluarga kita”, jelas Ahmad.

“Kalau begitu, nah kau cuci pinggan ni. Nanti kan kulit kau jadi lembut juga”, usik Mak Cik Kiah.

Dalam keterpaksaan, Ahmad selesaikan pinggan mangkuk yang tersisa.

“Jangan lupa mop lantai dan lap meja sekali, Thieves Household Cleaner tu, campur dengan air. Tak perlu guna banyak-banyak. Jimat sekali.” Laung Mak Cik Kiah dari kejauhan.

“Nasib baik wangi, terpaksa pun aku rela”, kata Ahmad seorang diri.

Pencuci Pinggan Thieves berharga RM64.50 manakala Pencuci Rumah Thieves RM64.50 untuk semua ahli Young Living Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan