Rabu, 15 April 2020

Siri Bercakap dengan Mak Cik Kiah: Mak Cik Kiah Basuh Baju Pula

Ohoi Kisah Mak Cik Kiah datang lagi.


Semenjak dua menjak ni Mak Cik Kiah suka berkebun. Yelah, PKP ni kan, apa lagi nak buat. Nasib baik rumah Mak Cik Kiah ada tanah sekangkang kera. Dulu-dulu tak sempat nak tanam apa-apa, asyik sibuk keluar masuk rumah.
Setiap pagi, selepas kelas Tafsir pertama, Mak Cik Kiah keluar sekejap cangkul tanah. Vitamin D dan sinaran matahari sangat bagus buat kita, duduk terperap dalam rumah lama-lama boleh buat kita rasa semakin down.
Menebas sikit guna sabit, mencangkul lubang untuk alihkan anak pokok, cabut rumput dan akhirnya siram pokok bunga. Fuh, berpeluh Mak Cik Kiah. Ketibas jadinya. Kain batik Mak Cik Kiah pun bertanda-tanda kena tanah.
Mak Cik Kiah masuk rumah hendak mandi dan kemudian basuh baju. Ternampak baju Ahmad yang direndam selepas diguna untuk keluar beli barang tadi di pasar. Mak Cik Kiah senyum sendiri. Kerap Ahmad mandi dan tukar baju sekarang semenjak COVID-19.

Mak Cik Kiah pilih untuk menggunakan Sabun Laundry Thieves. Sabun ini tiada bahan kimia keras. Bau sodap, kotor pun hilang.

Terngiang-ngiang pesanan kawan Mak Cik Kiah semasa bersembang, "Bila kita guna pencuci wangi tetapi guna pewangi buatan ni, kita dedahkan persekitaran rumah dan penghuni rumah dengan bau toxin, Kiah. Kemudian baju tu dipakai, sudahnya kita bau sepanjang-panjang masa".



Bila Mak Kiah komplen tentang saiznya yang kecil, kawan Mak Cik Kiah kata,
"Laundry soap memang kecil tapi pekat, kiah oil. Boleh basuh sehingga 65 kali basuhan. Ni haa, botol tupperware untuk perbandingan saiz."
Sepanjang Mak Cik Kiah guna,dia sangat suka kerana tak ada bau menyusuk hidung. Laundry detergent biasanya ada bau chemical yang walaupun wangi tapi memudaratkan. Kemudian baki-baki sabun akan kekal di baju dan boleh merengsakan kulit. Kalau keluarga yang ada eczema dan isu kuit lain, pasti lebih susah jadinya.


Oleh kerana suami Mak Cik Kiah bawa Grab, dia suka bajunya wangi. Nanti dalam kereta orang pun rasa selesa. Jadi dalam bilasan terakhir, Mak Cik Kiah masukkan EO Lemon untuk bau lebih harum. Siapa memakai baju basuhan Mak Cik Kiah akan jadi macam diffuser bergerak.




Tersenyumlah Mak Cik Kiah seorang diri, menikmati bauan aromaterapi dari basuhan bajunya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan