Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2020

Siri Bercakap Dengan Mak Cik Kiah PKP: Mak Cik Kiah Masak Siakap



Sudah tengahari, dia mahu makan. Mak Cik Kiah minta tolong anaknya masak.

Hendak masak apa ya hari ini? Dalam peti Mak Cik Kiah ada sebahagian lagi siakap yang disimpan baki masakan beberapa hari lepas.

Mak Cik Kiah google resepi. Wah boleh masak Siakap Halia Lemon.
Nah Mak Cik Kiah kongsikan resepi:

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
  • Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
  • Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.
  • Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
  • Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
  • Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.
  • Kukus kembali selama 5 minit.
  • Angkat dan hidangkan.




Tapi Mak Cik Kiah tiada halia dan Lemon lagi. Ketua keluarga belum pergi beli. Mak Cik Kiah gantikan dengan Ginger dan Lime Flavoring dari Young Living sahaja.

Setitis sahaja cukup menggetar rasa.



Tak cukup dengan itu, Mak Cik Kiah titiskan 2 titis Lime EO dalam sejag air dan sejukkan dalam peti ais.

Wah, selera benar makan tengahari Mak Kiah hari ini.

Harga perisa EO Young Living untuk ahli adalah:
Perisa EO Ginger RM61.00
Perisa EO Lime RM26.00
Perisa Eo Lemon RM28.00