Khamis, 16 April 2020

Apa nak buat jika ada banyak botol EO kosong?




Semalam saya jumpa banyak botol kosong di rumah. Biasanya saya akan simpan di rak buat hiasan. Warna-warna botol tersebut sangat menceriakan. Namun saya ada banyak botol yang sama kini.
Ada banyak lagi cara hendak lupuskan botol EO ini. Boleh dihantar ke Experience Centre Young Living di Bangsar South, nanti mereka uruskan.
Beberapa cara lain juga adalah seperti berikut:-
ℹ️ Masukkan carrier oil dan anda dapat minyak pati diluted. Boleh diguna terus pada kulit sebagai minyak urut.
2️⃣ Campurkan witch hazel dan purified water. Bubuh kepala spray dan jadilah pewangi fabrik atau cologne mewangikan diri.

3️⃣ Rendam botol dalam air. Gunakan air rendaman untuk diffuse. Botol pula dikeringkan dan dibuka label. Boleh gunakan untuk berikan essential oil sebagai hadiah atau sampel kepada sahabat taulan.
Nah, beberapa tips hendak uruskan botol eo anda. 

Nak pergi mana tu? Nak pergi cari botol lah tu. 🤩🤩

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan