Selasa, 14 Mac 2017

Adakah Essential Oil Selamat?

Beberapa essential oil adalah photosensitive. Jika anda menggunakannnya, anda tidak mahu keluar dan mendedahkan diri anda pada sinaran matahari kerana anda mungkin akan terkena selaran matahari (sun burn).

Apabila menggunakan Essential Oil pada kulit anda, sentiasa lihat samada terdapat perubahan pada kulit seperti kemerahan dan kepedihan.

Dilute essential oil anda dengan carrier oil. Dilute dengan lebih carrier oil apabila anda mahu menggunakannya kepada kanak-kanak.



Apakah carrier oil?

Carrier oil adalah minyak yang berlemak seperti minyak zaitun dan minyak kelapa. Molekulnya adalah lebih besar berbanding essential oil.

Campuran essential oil dan carrier oil akan memperlahankan kadar penyerapan essential oil kerana ia perlu bergerak melalui molekul carrier oil yang lebih besar sebelum masuk ke dalam kulit.

Berhati-hati apabila menggunakan essential oil berhampiran dengan mata. Sesetengah minyak seperti peppermint boleh menyebabkan rasa terbakar dan panas. Gunakan jari atau putik kapas jika mahu menyapu pada bahagian berhampiran mata.

Desensitized

Ada kemungkinan anda menjadi desensitize apabila anda menggunakan essential oil yang sama dalam tempoh waktu yang panjang.

Cara yang lebih baik adalah dengan menukarkan essential oil setiap 3-4 hari.

Lagipun, terdapat banyak essential oil untuk dicuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan