Jumaat, 1 September 2017

Minyak Pati Young Living Tingkatkan Mental, Fizikal

Minyak Pati Young Living dalam berita 🙂



Harian Metro 31 Aug 2017

ANTARA minyak pati yang memberikan pelbagai manfaat kepada individu.

Menawarkan pelbagai kegunaan daripada kecantikan kepada kesihatan fizikal dan juga kesejahteraan emosi. Pilihan minyak pati bergantung khususnya pada tujuan atau keperluan individu.

Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi dicipta berasaskan kesan diingini.
Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama. 

Amalan aplikasi umum termasuk: 

Aplikasi aroma - Minyak pati boleh disedut dengan kesan positif yang nyata terhadap emosi dan daya tumpuan. 

Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma.
Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. 

Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.

Aplikasi topikal

Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat. 

Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan supaya sesetengah minyak pati dicairkan dulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.

Tanpa mengira usia, pekerjaan atau kediaman anda, setiap individu boleh mendapat manfaat minyak pati dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. 

Biasanya minyak pati digunakan untuk:

Mengharumkan kediaman - rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabathandai. 

Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.

Mencipta suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur. 

Pemilihan minyak pati lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan ia adalah teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam. 

Sementara itu, kayu cedar menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.

Menyegarkan - Buah lemon sememangnya berguna dan bermanfaat lebih-lebih lagi untuk beberapa fungsi yang sangat diperlukan! 

Minyak pati lemon terdiri daripada 68 peratus dlimonene, sejenis antioksidan kuat dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air. 

Jenama ini turut menyediakan minyak pati yang boleh memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk.

Rangkaian produk


Young Living menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria sekali gus memberikan keselesaan dan menambah emosi gembira dan menyerlahkan lagi kecantikan luaran serta dalaman setiap individu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan