Sabtu, 21 Mac 2020

PENGENALAN KIMIA DALAM ESSENTIAL OIL




Berikut adalah maklumat ringkat mengenai constituents kimia dalam essential oil dan ciri-cirinya.
Semoga ia memberi kita sedikit panduan semasa memilih minyak pati yang sesuai untuk kegunaan terapeutik.

🧪Alkohol:
Anti-infections, analgesic, antibacterial, antiviral, stimulating.
Tiada ciri toksik, rendah risiko iritasi pada kulit.
Contoh EO: Lavender, Clary Sage, Tea tree, Peppermint.
.
🧪Aldehydes:
Antiviral, anti-radang, menenangkan sistem saraf, hypotensor, vasilodator, antipyretic, sedatif
Mengakibatkan sensitiviti pada kulit jika digunakan berlebihan, secara tidak wajar.
Contoh: Lemongrass, Citronella, Lemon Myrtle, Melissa
.
🧪Esters:
Antifungal, anti-radang, antispasmodic, cicatrizant (membantu membentuk tisu parut dan menyembuhkan luka), menenangkan dan tonik.
Mesra pengguna kecuali Wintrgreen dan Birch dengan methyl salicylate > 90%.
Contoh: Lavender, Geranium, Roman Chamomile.
.
🧪Ethers:
Antispasmodic, analgesic, antimicrobial.
Dalam dos yang tinggi, boleh mengakibatkan kesan neurotoksik
Contoh: Tarragon, Basil, Clove Bud, Aniseed, Fennel
.
🧪Ketones:
Cicatrizant (membantu membentuk tisu parut dan menyembuhkan luka), lipolytic (penguraian kimia lemak), mucolytic (memecahkan rembesan mukus), sedatif.
Gunakan dengan berhati-hati, boleh terkumpul didalam hati, mempunyai ketahanan metabolisma.
Contoh: Sage, Rosemary - Verbenone Chemotype, Jasmine, Helichrysum.
.
🧪Lactones:
Analgesic, sedatif, anti-radang.
Mengakibatkan sensitiviti kulit. Biasanya cuma hadir pada essential oil tahap rendah.
.
🧪Monoterpenes:
Paling selamat dan bermanfaat dalam semua constituent.
Antiseptic, anibacterial, antifungal, antiviral.
Rendah toksik.
Contoh: Lavender, Peppermint, Tea Tree.
.
🧪Oxides:
Manfaat pada pernafasan, merangsang diafragma, membuka ruang udara, mencairkan kahak dan lendiran, mucolytic, anti-radang.
Gunakan berhati-hati pada kulit terutamanya pada kanak-anak.
Contoh: Eucaplytus.
.
🧪Phenols:
Antiseptic, bacterial, merangsang sistem saraf dan sistem imun, mengaktifkan proses penyembuhan semulajadi badan
Boleh menyebabkan iristasi pada kulit,
Contoh: Oregano

🧪Psoralens (furucoumarins):
Isu ketoksikan cahaya (photo toxicity).
Bergapten ditemui dalam Bergamot dan perlu dibuang terlebih dahulu sebelum digunakan dalam aromaterapi.

🧪Sesquiterpenes:
Anti-radang, sedatif, bactericidal, mempunyai bauan yang lebih kuat,slight hypotensor.
Oleh kerena ia terpenes, ia kan teroksida selepas tempoh tertentu kepada alkohol.
Tidak toksik.
Contoh: German chamomile, Sandalwood, Rose, Frankincense
Maklumat didapati dari booklet AIA (The Alliance of International Aromatherapists)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan