Sabtu, 27 Oktober 2018

Apa ada pada label botol anda?





Terdapat banyak maklumat yang kita boleh dapat daripada label botol kita. Maklumatnya sangat berguna tapi jarang-jarang difahami oleh pengguna.


Apakah maklumat tersebut? Tonton video ini untuk mengetahu.

Durasi: 4 minit

Jumaat, 26 Oktober 2018

12 Soalan Perlu Ditanya Semasa Mencari Essential Oil Anda




Terdapat pelbagai pengeluar dan pembekal minyak pati dalam pasaran. Bagaimana saya mahu pilih jenama yang mana sesuai untuk keluarga saya?

Ada beberapa perkara yang biasanya menjadi faktor penentu dalam membeli dan mendapatkan minyak pati bagi kegunaan keluarga anda.

Salah satunya adalah faktor harga. Walau bagaimanapun, harga sebenarnya adalah sangat subjektif kerana harga tidak menentukan nilai dan manfaat sebenar minyak pati.




Berikut adalah 12 soalan yang perlu ditanyakan kepada pembekal minyak pati anda sebelum anda membuat pilihan untuk menggunakan sesuatu jenama.
  1. Adakah pembekal minyak pati anda menghasilkan minyak pati untuk jangka masa yang panjang?
  2. Adakah pembekal anda mempunyai kuasa secara langsung dalam semua urusan bermula dari pencarian sumber dan benih sehingga pembotolan?
  3. Adakah minyak pati datang dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara herba organik?
  4. Adakah tumbuhan yang digunakan untuk penghasilan minyak pati berasal dari sumber asal tumbuhan tersebut?
  5. Apakah ladang-ladang yang membekalkan sumber minyak pati anda boleh dilawati oleh umum?
  6. Apakah fasiliti penyulingan yang digunakan berada dalam kawasan yang berhampiran dengan tempat tuaian tumbuhan tersebut? Apakah ia disuling dengan segera atau terpaksa menunggu dan berpotensi untuk kehilangan potensi berharga?
  7. Apakah terdapat campuran bahan kimia sintetik dan aditif (bahan tambahan) digunakan semasa penyulingan untuk mendapat lebih banyak hasil sulingan?
  8. Apakah tumbuhan tersebut disuling dengan tekanan serta haba rendah untuk memastikan semua komponen kimianya terpelihara?
  9. Apa bahan yang digunakan untuk membuat peralatan dan perkakasan penyulingan? (Aloi tahan karat gred makanan adalah antara yang terbaik untuk mengurangkan reaksi kimia)
  10. Apakah pembekal anda membuat analisis keatas semua bekalan bagi memastikan sumber bekalannya mempunyai komponen kimia terapeutik?
  11. Apakah hasil akhir minyak pati anda kaya dan wangi aromanya?
  12. Apakah haruman setiap kumpulan bekalan berbeza-beza?

Tips Menjaga Diffuser Young Living



Jika ada memiliki lebih daripada satu diffuser dan suka diffuse berterusan, adalah lebih baik untuk bertukar-tukar diffuser anda.

Pastikan diffuser sentiasa kering apabila tidak digunakan supaya ia boleh berfungsi secara optimal apabila digunakan.

Lap bahagian dalam diffuser terutama bahagian tapak ultrasoniknya menggunakan kapas ataupun berus lembut.

Apabila diffuse minyak pati yang likat seperti Vetiver atau minyak pati Citrus, lap atau cuci diffuser sebelum menggunakannya semula. Minyak Pati yang digunakan akan melekat pada tapak dan boleh menyebabkan kabus kurang atau tidak keluar langsung.

Gunakan diffuser yang diperbuat menggunakan plastik gred medikal yang lebih tahan untuk menggelakkan menghidu toksin dari plastik yang dikakis oleh pati minyak tulen.

Paling utama, Diffuser Young Living juga mempunyai jaminan setahun untuk ketenangan fikiran pemiliknya.

Pentingnya Kualiti dan Ketulenan Essential Oils


Seorang sahabat share tentang essential oil yang diguna kawannya.
Essential oilnya harga mampu milik, oh silap, memang sangat mampu.
Tapi bila ditanya bagaimana tatacara penggunaannya, antaranya:-
 Tidak boleh contact pada kulit.
 Tidak boleh guna internal.
Jadi bagaimananya?
Tepuk dada, tanya selera.


Melalui lawatan, penerangan dan bacaan saya, Young Living menjalankan pelbagai ujian keatas essential oil yang disuling dan dibotolkan.
Secara asasnya, tujuan ujian-ujian ini dijalankan adalah untuk mengukur ketulenan produk akhir.
Berikut adalah pengujian saintifik yang dilakukan dengan ketat oleh makmal Young Living menurut Mike Buch, Ketua Pegawai Saintifik Young Living:-
Viscometry- bertujuan untuk menguji kelikatan setiap minyak pati
Densitometry- menguji kandungan air yang dikumpul sekali semasa proses penyulingan
Refractometry- mengukur lencongan cahaya dalam minyak pati. Pengukuran ini bleh memastikan ketulenan minyak pati.
Polarimetry- cahaya terpolarisasi dihantar kedalam minyak pati untuk mengukur putaran. Putaran yang diukur boleh digunakan untuk mengira nilai kepekatan larutan.
ICP- MS( Inductively Coupled Plasma mass spectrometry)- mengukur logam dalam minyak pati
ICP- OES (Inductively couples plasma atomic optical emission spectrometry)- juga untuk mengukur logam
Gas Chromatograph- meleraikan semua komponen dalam minyak pati menggunakan haba tinggi untuk menyemak samada terdapat bendasing
HPLC (High Performance Liquid Chromatograph- tujuan serupa dengan GC
FTIR (Fourier Transform Infrared Spectroscopy)- Mengukur ikatan kimia antara sebatian
Automated Micro-enumeration- Mengukur bakteria dalam sampel
Disintegration Testing- mengukur tempoh masa tablet dileraikan
PH- mengukur tahap asiditi dan alkali
Flashpoint-mengukur titik nyalaan
Microscopy-
Combustibility- menguji bagaimana mudah bahan dibakar, melalui kebakaran atau pembakaran
Chiral Chromatography- Ujian ini memisahkan isomer optik dan menentukan sebatian organik daripada sebatian anorganik.
IRMS (Isotope Ratio Mass Spectrometry)-Ujian ini mengukur semua minyak untuk memastikan ia mempunyai nisbah yang sama dengan atmosfera.

Layering: Cara menggunakan essential oil


LAYERING


Salah satu cara menggunakan essential oil secara topikal (pada kulit) adalah dengan layering.
Layering ialah melapiskan satu demi satu essential oil.
Setiap oil yang disapu dibiarkan selama 1-2 minit untuk diserap.
Kemudian barulah disapukan minyak lain.
Kenapakah kita memilih cara layering berbanding blending?
Tonton video berdurasi 3 minit ini untuk mengetahui jawapannya.
Terima kasih Juliana Abdul Rashid untuk soalan ini. Semoga bermanfaat.

Mineral Sunscreen SPF 10




Nasib baik jumpa Mineral Sunscreen Young Living ni. Safe for the skin, harmless to the corals too.
This is the old formula, 10SPF only. Last for 80 mins and don’t forget to reapply.
New formula is 50SPF.

Lavaderm After Sun Spray: Kelegaan Terik Mentari




Terik sungguh matahari di tepi pantai. Pulau pula kan. Maka bertambah-tambah teriknya. Mineral sunscreen jangan dilupa. 

Selepas bermain, saya gunakan Lavaderm After Sun Spray untuk kelegaan sementara dan segera dek terik mentari. 

Legaaa. 

#pulaubesarmersing

Sabtu, 13 Oktober 2018

Diffuse essential oil kali pertama





Setelah mendapat diffuser anda, pasti anda mahu mula menggunakannya.



Bagaimana cara diffuse kali pertama? Berapa lama dan berapa titis?



Tontonlah video seminit ini.



Azurah/wawa Young Living Gold Distributor #2904692

Air untuk Menyokong Detox dan Healing Crisis





Antara feedback yang diterima semasa mula menggunakan essential oil adalah rasa sesak nafas, ruam dan kegatalan pada kulit serta batuk-batuk dan tidak selesa.



Air merupakan elemen penting untuk menyokong penggunaan essential oil. Air membantu kita melalui proses detox dengan lebih mudah, selesa dan cepat.



Tonton video 1 minit ini untuk mengetahui lebih lanjut.



Azurah/Wawa Young Living Independent Distributor #2904692

Khamis, 11 Oktober 2018

Menguruskan Stress dengan Essential Oil



Soalan: Bagaimana essential oil bantu uruskan stress walaupun masalah punca stress masih ada? 

Tonton video 1 minit ini untuk tahu caranya.

7 sebab kenapa perlu jadi ahi Young Living




Mahu essential oils?
Anda boleh sahaja membeli daripada orang tengah.
Anda juga boleh membeli dari Young Living sebagai pelanggan retail.
Anda juga boleh mendaftarkan diri anda sebagai Pengedar (tanpa perlu menjadi pengedar) dengan membeli kit tanpa memasukkan nombor ID enroller dan sponsor.
Tetapi yang paling bagus adalah anda menjadi Pengedar (pelanggan yang mendaftar ahli melalui pembelian kit) dan memasukkan juga nombor ID enroller dan sponsor (orang yang anda rujuk semasa hendak tahu mengenai Young Living).
Kenapa?
1. Keahlian adalah percuma dengan kit. Tiada bayaran tambahan untuk menjadi ahli apabila anda mendapatkan kit anda.
2. Dengan menjadi ahli (pengedar), anda dapat membeli dengan harga ahli iaitu 24% lebih murah dari harga retail.
Tapi saya boleh juga dapat harga ahli apabila membeli dengan orang tengah.
Baca jawapan 3.
3. Ya, anda boleh dapat harga ahli apabila membeli daripada orang tengah tetapi bukankah lebih menarik apabila anda dapat menguruskan pembelian anda sendiri melalui laman web Virtual Office yang disediakan oleh Young Living?
4. Anda mendapat kelebihan untuk menyertai semua promosi yang dijalankan oleh Young Living untuk ahlinya seperti program Essential Rewards yang mana anda dapat mengumpul mata ganjaran dan menukarkannya denagn produk secara percuma.
Promosi bulanan pula membolehkan anda mendapat produk tambahan apabila jumlah pembelian anda melebihi mata tertentu setiap bulan.
Promosi berkala sempena peristiwa-peristiwa tertentu seperti Hari Ibu dan sebagainya.
5. Anda juga dapat mengikuti kelas-kelas dan seminar yang ditawarkan oleh Young Living secara berkala.
6. Anda mendapat bonus apabila ada sahabat anda ingin membeli kit melalui anda. Barang baik, pasti ada yang bertanya dan berminat walaupun anda tidak menjalankan aktiviti jualan.
7. Anda akan menjadi tribe 6th Scents. Enroller anda akan komit kepada anda untuk memandu dan memastikan anda mendapat manfaat optimum terhadap pembelian anda.
Nah, apa lagi?
Baca seterusnya.

Kenapa Labbeamint Peppermint berbeza baunya?



PEPPERMINT (LAMA DAN BAHARU)
Saya baru tersedar saya ada menyimpan sebotol Peppermint dari sumber lama dan bukan dari ladang partner Labbeamint di White Swan.
Jadi saya ambil kesempatan untuk menunjukkan perbezaan bau Peppermint sumber lama dan baharu kepada suami saya.
Memang jelas ada beza dan kebanyakan pengguna yang sudah menggunakan Peppermint buat sekian lama, lebih sukakan peppermint sumber lama.
LABBEAMINT PARTNER DISTILLERY
Pada Mac 2018, Young LIving mengumumkan bahawa mereka sudah menjadi partner dengan Labbeamint untuk membekalkan bahan mentah bagi Peppermint.
Peppermint yang dibekalkan oleh Labbeamint bukan calang-calang. Ia berkualiti tinggi dan ladang Labbeamint ini merupakan market leader untuk penanaman Peppermint serta Spearmint.
Mint ditanam dari stok akar. Tanaman mint memerlukan bekalan air yang banyak, sama ada dalam bentuk tanah basah atau - seperti di Washington - melalui medan beririgasi.
Mint memerlukan hari yang cerah dan malam sejuk untuk membesar. Iklim kering, seperti yang terdapat di rantau perintis utama Washington, membantu mencegah penyakit daun. Kawalan rumpai adalah penting, kerana mana-mana rumpai yang dituai dengan mint akan memberi kesan negatif kepada rasa minyak.
Untuk mendapatkan jumlah maksimum minyak, mint dituai apabila tumbuh-tumbuhan mekar. Kelenjar minyak tumbuhan ditemui di bahagian bawah daun. Kawasan yang berlainan dan juga iklim mikro berbeza menghasilkan minyak dengan ciri-ciri rasa yang berbeza.
KETULENAN ESSENTIAL OIL
Dalam pengeluaran moden, sifat-sifat perisa ini dianalisis dengan teliti dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan-pelanggan komersial, yang memerlukan rasa konsisten untuk produk mereka.
Namun Young Living, dengan jaminan Seed to Sealnya, tidak menambah sebarang bahan untuk mengekalkan bau yang serupa.
Perbezaan aroma dan rasa adalah penunjuk yang baik tentang ketulenan essential oil Young Living.
TAHUKAH ANDA?
Pada bulan Jun tahun 2017, Young Living pernah menolak 7,000 kilogram Peppermint kerana ia tidak memenuhi standard Seed to Sealnya.
Ujian Young Living telah mengesan satu bahagian satu bilion merkuri dalam batch sumbernya. Lantaran itu Young Living mengembalikan Peppermint batch tersebut.
Untuk rujukan, itu setaraf dengan setitis minyak di kolam renang bersaiz Olimpik
APAKAH YANG MEMBEZAKAN BAUNYA?
Secara mudahnya, bau peppermint dari ladang ini berbeza kerana ia ditanam pada lokasi yang berbeza. Lokasi, cuaca, persekitaran dan tanah merupakan faktor yang mempengaruhi hasil sesuatu essential oil. Bila tanaman dipetik, jumlah hujan dan matahari yang diterima juga akan membezakan hasilnya. Dengan Young Living, pengguna tidak perlu gusar.
Semak Jaminan Seed to Seal untuk maklumat lanjut mengenai piawaian tinggi bagi semua faktor ini bagi menghasilkan essential oil berkualiti tinggi dan tulen.
Baca lanjut mengenai Seed to Seal di link ini
Nah, sekarang anda sudah tahu mengenai Peppermint dan kenapa ia berbeza baunya.
Saya pula mahu merehatkan diri dan menikmati Peppermint dari batch lama ini.

Bahaya Pewangi



Nak tahu kenapa saya cukup tak tahan dengan pewangi tiruan yang merata di letakkan di tempat awam?
Pewangi ini perkara yang perlu diambil peduli. Biasa orang rasa benda wangi adalah benda yang baik.
Wangi bukan bererti toyyib.
Pewangi biasanya mempunyai phthlates, dibuat dari petroleum (yep, crude oil) dan juga terkandung benzene derivatives (carcinogenic), aldehydes, toluene, serta bahan kimia keras yang merbahaya.
Pewangi ini biasanya diletakkan di tempat awam, malahan dilepaskan secara berkala.
Carilah pewangi yang mempunyai bahan tanpa kimia keras atau yang dibuat dengan 100% pewangi alami (natural).