Memaparkan catatan dengan label peppermint. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peppermint. Papar semua catatan

Khamis, 11 Februari 2021

Video 64: Peppermint EO Dingin Dan Segar (Bonus: Hidrosol)




Peppermint mudah tanam, dan banyak manfaat. Sensasi dinginnya sangat disukai ketika panas dan juga untuk melegakan otot. Bonus dalam video ini, saya ceritakan juga tentang hidrosol.

Nah tonton untuk tahu selanjutnya. 

#peppermint

Khamis, 11 Oktober 2018

Kenapa Labbeamint Peppermint berbeza baunya?



PEPPERMINT (LAMA DAN BAHARU)
Saya baru tersedar saya ada menyimpan sebotol Peppermint dari sumber lama dan bukan dari ladang partner Labbeamint di White Swan.
Jadi saya ambil kesempatan untuk menunjukkan perbezaan bau Peppermint sumber lama dan baharu kepada suami saya.
Memang jelas ada beza dan kebanyakan pengguna yang sudah menggunakan Peppermint buat sekian lama, lebih sukakan peppermint sumber lama.
LABBEAMINT PARTNER DISTILLERY
Pada Mac 2018, Young LIving mengumumkan bahawa mereka sudah menjadi partner dengan Labbeamint untuk membekalkan bahan mentah bagi Peppermint.
Peppermint yang dibekalkan oleh Labbeamint bukan calang-calang. Ia berkualiti tinggi dan ladang Labbeamint ini merupakan market leader untuk penanaman Peppermint serta Spearmint.
Mint ditanam dari stok akar. Tanaman mint memerlukan bekalan air yang banyak, sama ada dalam bentuk tanah basah atau - seperti di Washington - melalui medan beririgasi.
Mint memerlukan hari yang cerah dan malam sejuk untuk membesar. Iklim kering, seperti yang terdapat di rantau perintis utama Washington, membantu mencegah penyakit daun. Kawalan rumpai adalah penting, kerana mana-mana rumpai yang dituai dengan mint akan memberi kesan negatif kepada rasa minyak.
Untuk mendapatkan jumlah maksimum minyak, mint dituai apabila tumbuh-tumbuhan mekar. Kelenjar minyak tumbuhan ditemui di bahagian bawah daun. Kawasan yang berlainan dan juga iklim mikro berbeza menghasilkan minyak dengan ciri-ciri rasa yang berbeza.
KETULENAN ESSENTIAL OIL
Dalam pengeluaran moden, sifat-sifat perisa ini dianalisis dengan teliti dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan-pelanggan komersial, yang memerlukan rasa konsisten untuk produk mereka.
Namun Young Living, dengan jaminan Seed to Sealnya, tidak menambah sebarang bahan untuk mengekalkan bau yang serupa.
Perbezaan aroma dan rasa adalah penunjuk yang baik tentang ketulenan essential oil Young Living.
TAHUKAH ANDA?
Pada bulan Jun tahun 2017, Young Living pernah menolak 7,000 kilogram Peppermint kerana ia tidak memenuhi standard Seed to Sealnya.
Ujian Young Living telah mengesan satu bahagian satu bilion merkuri dalam batch sumbernya. Lantaran itu Young Living mengembalikan Peppermint batch tersebut.
Untuk rujukan, itu setaraf dengan setitis minyak di kolam renang bersaiz Olimpik
APAKAH YANG MEMBEZAKAN BAUNYA?
Secara mudahnya, bau peppermint dari ladang ini berbeza kerana ia ditanam pada lokasi yang berbeza. Lokasi, cuaca, persekitaran dan tanah merupakan faktor yang mempengaruhi hasil sesuatu essential oil. Bila tanaman dipetik, jumlah hujan dan matahari yang diterima juga akan membezakan hasilnya. Dengan Young Living, pengguna tidak perlu gusar.
Semak Jaminan Seed to Seal untuk maklumat lanjut mengenai piawaian tinggi bagi semua faktor ini bagi menghasilkan essential oil berkualiti tinggi dan tulen.
Baca lanjut mengenai Seed to Seal di link ini
Nah, sekarang anda sudah tahu mengenai Peppermint dan kenapa ia berbeza baunya.
Saya pula mahu merehatkan diri dan menikmati Peppermint dari batch lama ini.

Rabu, 3 Oktober 2018

Essential Oils for Post Operation



My mom complaint of nausea and headache post operation. She kept on vomiting after meal. But I think she is also hungry.
I just came back and rub some peppermint on her feet, back and temple.
Also diffused some lemon and Lavender.
I hope she will be OK tonight and able to consume some food. Am worried if she might be dehydrated.
Alhamdulillah for the EO.
Pre operation yesterday, I gave her arnica as Sha Khan suggested.
Homeopathy, aromatherapy and modern medicine.
La hawla wala kuwwata illa bilLahil aliyyil adzhim
(There is neither change nor power except by means of Allāh.)

Reading material: https://www.hindawi.com/journals/ecam/2014/726341/

DIY Antibacterial Mouthwash

Ingredients:
A container or jar to store it in
1/2 a cup of filtered or distilled water
2 tsp of bicarb soda
2 drops of tea tree essential oil
2 drops of peppermint essential oil
simple!