Memaparkan catatan dengan label kemurungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemurungan. Papar semua catatan

Khamis, 2 November 2017

Kemurungan dan khasiat minyak pati

Baru-baru ini saya mendengar tentang bagaimana masalah kemurungan dan masalah tekanan perasaan semakin berleluasa di kalangan masyarakat. Apa yang membimbangkan kita adalah apabila mereka yang mengalami masalah ketegangan mental tidak dapat mengesannya sehingga setelah masalah tersebut menjadi tidak terkawal.

Photo credit: Familydoctor.org

Gejala-gejala kemurungan seperti rasa sedih yang berlebihan, sering menangis tanpa sebab yang jelas, kurang selera makan, kurang fokus atau hilang minat dalam aktiviti seharian sama ada tugasan, pembelajaran atau hobi dan tidak dapat tidur malam dengan sempurna adalah antara tanda-tanda  yang boleh dilihat pada seseorang yang mengalami tekanan perasaan atau kemurungan. Jika tidak dikawal, mereka yang menderita dengan masalah kemurungan akan mudah terkena penyakit berjangkit, masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sering cuti sakit, atau berasa tiada harapan untuk hidup sehingga membahayakan nyawa.

Photo credit: food.ndtv.com

Jika anda, atau mendapati ahli keluarga atau kenalan yang mengalami gejala seperti ini - segeralah berjumpa atau membawa mereka bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor anda boleh mendiagnosa masalah kemurungan dengan tepat dan menganjurkan rawatan yang sesuai dengan tahap kemurungan yang dialami. Boleh jadi juga, gejala-gejala ini disebabkan oleh penyakit fizikal yang lainnya seperti kekurangan hormon tiroid yang hanya boleh diketahui dengan pemeriksaan yang menyeluruh.

Photo credit: youngliving.com

Walaubagaimanapun, bagi anda yang mahu mengelakkan risiko mendapat tekanan perasaan yang melampau, kami mempunyai pelbagai minyak pati yang boleh digunakan untuk membantu anda untuk lebih tenang dalam menghadapi kehidupan seharian. Antaranya adalah minyak pati Stress Away yang boleh digunakan secara bauran aromaterapi untuk menimbulkan perasaan dan pemikiran positif. Pengunaan minyak pati telah diamalkan semenjak berabad lamanya dan sangat alami. Ia merangsang rasa tenang serta menggalakkan perasaan yakin diri yang amat penting untuk mengatasi masalah kemurungan.

"Aromaterapi merupakan satu cabang pengubatan alami yg menggunakan bahan cairan tanaman yang mudah menguap, di kenal sbg minyak pati... yang dapat mempengaruhi suasana hati  serta menggalakkan penyembuhan pemikiran... dan semangat. Menurut Ericksen, penyulingan wap air pertama kali ditemukan oleh doktor muslim bernama Ibnu Sina (980 m- 1037 m). Saraf Penciuman (Nervus Olfaktorius)- akan mengesan aroma tersebut ... sehingga mampu memacu memori terpendam dan mempengaruhi tingkah laku dan emosi yang berkaitan. (Ia) meransang zat/ hormon endorfhins untuk menangani stresPeter Urs Bender dalam bukunya: "Secrets Of Power Presentations" membuktikan- org yg berada dilingkungan yg beraroma enak dan wangi mempunyai rasa percaya diri yg tinggi dan (berusaha) meningkatkan prestasi. " (Rujukan)


Tinggalkan komen atau hubungi kami untuk mengetahui berkenaan minyak pati Stress Away ini atau minyak pati lain yang dapat mengimbangkan perasaan dengan lebih lanjut.

Saya doakan kehidupan yang tenang hari ini untuk pembaca sekalian.

~Alveolus adalah seorang pengamal perubatan yang mempercayai kepada memilih yang alami dan berusaha mendidik massa bahawa pencegahan adalah sebaik-baik pengubatan.