Memaparkan catatan dengan label otak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label otak. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2018

Essential Oil untuk Otak

Saya sudah lama mahukan brain power. Harganya pun power juga. Jadi saya kumpul point untuk redeem. Alhamdulillah, bulan lepas dapat redeem minyak Brain Power ini.
2minggu duduk dalam almari, tidak tahu bila mahu diguna. Sehinggalah awal minggu ini, saya dimaklumkan ustadha calonkan saya untuk ambil assessment mengaji. Hehe.
kemudian semalam siang, ustadha komen bacaan saya. Masih ada yang boleh diperbaiki dan perlu fokus. Hmm..
Kebetulan semalam Zaynab sakit perut, maka saya bukalah almari minyak saya dan kemudian saya capailah juga brain power. Sapukan juga kepada Sawda yang waktu itu sedang belajar mengaji. Beliau selalu komen hurufnya ada dalam otak, tapi cari-cari tak jumpa. Alasan baik punya. Belum campur lagi tangisan sebelum dimarah. Tak naik suara, air mata sudah keluar dahulu. Stress!
Yang menariknya, saya berjaya mengajar Sawda dengan jayanya. Alhamdulillah. Jarang-jarang saya dapat bertabah dengan pelajar air mata saya ini.
Pagi-pagi sudah ada adegan yang tak diingini. Maka selepas mandi, saya sapukan pada kening, pelipis, leher, belakang telinga dan pergelangan tangan. Sambil menyapu saya berdoa diberikan kesabaran dan clarity of the mind.
Alhamdulillah, sewaktu ujian membaca mukasurat rawak oleh Ustadha, beliau memberi komen saya baca dengan baik dan insyaa Allah bersedia untuk ke ujian sebenar. Saya bertahan dalam keadaan tenang lebih kurang 2 jam juga sehingga ada pencetus leteran selepas itu.
Saya yakin, ada kandungan dalam Brain Power blend ini yang dapat menenangkan serta memecahkan 'brain fog'. Apabila otak tidak serabut, maka mudahlah menguruskan segala urusan keluarga dan diri.
Allahu Musta'an.