Selasa, 11 September 2018

7 fakta menarik ladang Highlands Flats Young Living

Ya, Young Living sangat berhati-hati tentang kemurnian minyak pati yang disuling.
Fakta Menarik Ladang Highlands Flat:
1. Air gunung digunakan untuk stim semasa proses penyulingan. Ini untuk mengelakkan bahan kimia yang biasanya terdapat di dalam air seperti klorin.
2. Floral water (bahan lain yang terhasil semasa proses penyulingan) tidak stabil kecuali ditambah dengan additive. Young Living tidak mahu menjual produk yang ditambah bahan kimia sintetik. Oleh yang demikian, floral water yang terhasil diguna semula untuk menyejukkan paip stim semasa penyulingan.
3. Balsam Fir & Blue Spruce disuling di ladang ini. Young Living menanam semula 100,000 pokok setiap musim bunga. (Semua ahli yang berminat boleh menyertai proses penanaman ini). Pokok-pokok dituai hanya selepas 10-12 tahun.
4. 25-30 tan cip suling setiap hari dan kira-kira 10-12 liter Balsam Fir dihasilkan setiap proses penyulingan.
5. Semasa peralihan musim bunga, yang berlaku selama tiga bulan setiap tahun, Young Living tidak dapat menjalankan apa-apa proses kepada pokok yang ditebang. Penyulingan juga terpaksa dihentikan sepanjang tempoh ini.
6. Kebanyakan syarikat hanya menyulingkan jejarum pokok. Itu akan menjadi lebih mudah daripada memotong seluruh pokok.
Tetapi Gary tahu bahawa terdapat unsur-unsur di seluruh pokok yang membuatkan Balsam Fir kuat dan 90% minyak berada di tengah-tengah pokok itu.
Young Living menyuling keseluruhan pokok untuk mendapatkan yang terbaik
7. Young Living sangat berdedikasi dan memberi perhatian penuh kepada butiran dan para pekerjanya.
Ia tidak pernah mengenai wang dan keuntungan semata-mata. Dengan Young Living, ia sentiasa mengenai kualiti.

1 ulasan:

  1. RotiTogel - Situs Togel Online, Togel Singapore, Togel hongkong

    RotiTogel adalah Situs judi Online untuk para pecinta permainan Togel online, dominoqq, capsaqq, bandarqq,dengan minimal deposit hanya 10.000 saja.

    Togel Singapore

    BalasPadam