Jumaat, 3 November 2017

Apakah Ningxia Red sesuai untuk semua orang?

Ada orang tidak boleh minum Ningxia Red? Benarkah goji beri bahaya?

Fakta
******

Goji beri adalah tumbuhan jenis Night shades.

Selain goji beri, tomato, kentang, blueberry, terung dan tembakau juga adalah tumbuhan nighshades.

Apakah tumbuhan night shades?
******************************

Tumbuhan night shades adalah jenis tumbuhan yang mempunyai kompoun Solonacea. Solonacea mengandungi glycoalkaloid.

Glycoalkaloid adalah sejenis racun serangga semulajadi yang menjadi mekanisme pertahanan diri tumbuhan tersebut daripada serangan perosak.

Glycoalkaloid biasanya lebih banyak pada batang dan daun tumbuhan nighshades berbanding buahnya. Goji beri adalah makanan jenis buah. (Yeay!)

Selain Glycoalkaloid, nightshades juga mengandungi oxalic acid. Oxalic acid mengganggu penyerapan kalsium, melemahkan tulang dan mengakibatkan osteoporosis.

Namun, oxalic acid lebih tinggi kandungannya dalam kopi, gandum dan coklat berbanding tumbuhan nightshades.

Tumbuhan Nightshade boleh dimakan oleh kebanyakan orang. Namun sesetengah orang pula akan mengalami kesan sampingan keatas immune sama seperti yang dialami apabila memakan gandum atau sumber tenusu.

Deadly Nightshade
******************
Ada yang merasakan bahawa semua tumbuhan nightshades merbahaya. Tidak semua tumbuhan nightshades tergolong dalam kategori "deadly nightshades".

Deadly nightshades adalah sejenis rumpai yang tidak boleh dimakan bernama atropa belladonna. Walau bagaimanapun, toksin yang terdapat dalam deadly nightshade tidak dijumpai dalam tumbuhan nighshade.

Jadi apakah selamat untuk saya minum Ningxia Red kerana ia mempunyai Goji Beri?
*****************************************

Setakat ini, tiada maklumat saintifik mengenai glycoalkaloid dalam buah ini.

Sekiranya anda mempunyai isu leaky gut atau kebocoran usus mahupun autoimmune disease, anda perlu mengawasi dan memerhatikan keadaan diri anda selepas memakan tumbuhan nightshades.

Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah sakit pada sendi, isu dengan sistem penghadaman, kemerah-merahan pada kulit atau apa-apa jenis keradangan.

Anda bolehlah menghentikan seketika meminum NXR dan memperkenalkannya semula kepada sistem badan anda perlahan-lahan.

#youngliving #nighshades #nxr #ningxiared

Tiada ulasan:

Catat Ulasan